Tuesday, September 15, 2009

BEST YER SAMBUT RAMADHAN DI KELANTAN!





Menggapai Kasih di Madrasah Ramadhan...


Memang best sambut ramadhan di kelantan. Lebih-lebih lagi kalau masuk Ramadhan. Tapi ramailah yang tak percaya. Terutama mereka yang tak pernah jejak kaki di Kelantan. Hanya bergantung pada berita dalam media massa perdana semata. Kesian kan! Umpama satu nikmat yang teramat indah tapi mereka tak berpeluang merasainya. Taksub pula bunyinya saya ni. Tapi kalau dah hakikat, kena terimalah yer!




Semenjak pimimpin ulamak menerajui pentadbiran negeri kelantan, mulai Oktober 1990, nikmat Islam semakin dirasai di bumi ini. Tok Guru Nik Aziz (Menteri Besar Kelantan sejak 1990) begitu komited dengan penerapan nilai-nilai islam dalam kehidupan seharianya. Dan itu jugalah yang dia terapkan dalam diri setiap pasukan kepimpinannya, seterusnya dalam diri setiap rakyatnya.

Di Kelantan, kerajaan mahukan rakyat sentiasa berada dalam keadaan ibadah kepada Allah. Walau apa jua yang dibuat. Bagi yang bukan Islam mereka disarankan sentiasa berpegang kepada ajaran agama masing-masing.

Suasana kehangatan Ramadhan dirasai bermula dari bulan Rejab lagi, apabila melaui program penghayatan Bulan Sembahyang. Sepanjang Rejab, kami rakyat kelantan dan sesiapa sahaja yang berada dikelantan, berpeluang berada dalam suasana yang sentiasa diperingatkan mengenai solat. Antara acaranya ialah pelancaran Bulan Sembahyang peringakat negeri, dan kursus solat secara praktikal di setiap peringkat, samada untuk anak-anak, remaja, mahupun orang dewasa. Semua orang berpeluang untuk belajar dan memperbaiki solat masing-masing.

Selepas Rejap, kita masuk ke bulan Syabaan. Suasana menyambut Ramadhan semakin terasa. Dengan puasa sunat yang kebanyakkan rakyak kelantan tidak melepaskan peluang itu begitu saja, ia menambahkan lagi rasa ' di ambang Ramadhan '.Dalam bulan ini banyak ikhlan atau war-war mengenai program-program Ramadhan, seperti persiapan tapak Qayah Ramadhan, promosi infaq untuk menaja buka puasa, dan seumpanya.

Bila masuk saja Ramadhan, semuanya akan menjadi lebih indah...........

Sebelum ini kita biasa dan dibiasakan dengan istilah Ramadhan adalah bulan puasa. Itulah yang di lekatkan pada minda kita. Tapi Tok Guru ( Nik Aziz tak suka begitu. Dia sentiasa ingatkan supaya sebut Ramadhan sebagai ' Bulan Ramadhan'.Ia adalah bulan rahmah,bulan ibadah, bulan sedekah, bulan keampunan, dan bulan memohon pelepasan daripada api neraka.

Nampak remehkan? Pasal istilah pun Tok Guru sebagai ketua negeri nak betulkan. Tapi kerana penukaran istilah itulah minda kita sebagai rakyat kelantan semakin hari semakin baik. Sebagai muslim, kita akan blebih menghargai Ramadhan apabila kita sedar ia adalah bulan yang lebih baik daripada seribu bulan, bukan hanya sekadar berpuasa.

Okey program apa yang istimewa bualn Ramadha di kelantan? Banyak sebenarnya. Mungkin tak pandai ambo nak menulis menceritakanya, mohon maaflah. Bermula dari akhir Syabaan, satu perkampungan Ramadhan ( kami sebut Qaryah Ramadhan) disiapkan, bertempat di Dataran Stadium Sultan Muhammed IV. Perkampungan ini menjadi satu tempat yang meriah dan hidup. Perkampungan Ramadhan?? Perkampungan konsert biasalah di mana-mana pun, kan?

Di situ rakyat kelantan dan musafir berpeluang untuk bersolat terawih dalam khemah khas yang disediakan. Khemah yang begitu selesa, berhawa dingin sepenuhnya. Lebih istimewa, dibawakan khas 2 orang imam hafiz dari Mesir. Bersolat di sana umpama berada di Mekah, Madinah atau Mesir. Suasananya lain.

Setiap hari bermula dari 1 Ramadhan dingga 30 Ramadhan, anda tak perlu risau mengenai juadah berbuka puasa. Datang saja ke Qaryah Ramadhan, InsyAllah adalah rezeki semua. Suasana berbuka disana meriah sungguh. Dalam keheningan magrib, semua orang bersila, atau mana yang sempat boleh duduk di ruamgan makan bermeja. Antara mereka saling tidak mengenali, tapi terasa macam ahli keluarga. Best kan? Ada nasi, ada kuih pelbagai, ada kurma, ada air ais, ada air panas. Macam di rumah sendiri pula.


Sebenarnya ini bukan sahaja di Kota Bharu. Hampir semua masjid di Kelantan ada sediakan juadah berbuka puasa secara percuma. Pasti ada sahaja dermawaan yang berlumba-lumba sponsor berbuka puasa. Jadi, jangan risau kalau anda tak sempat sampai di Kota Bharu sekalipun.

Lepas makan semua orang solat magrib berjamaah. Kemudian, solat 'isya dan berterawih. Habis terawih ada pula diberi sedikit makanan ringan dan juga air sentiasa di sediakan di Qaryah ini. Tak habis dengan Terawih, para jemaah juga berpeluang untuk bertadarus dan belajar taranum dengan imam masjid Mesir tadi, selepas terawih.Qaryah ini juga terus dihidupkan dengan tadarus al-Quran yang dijayakan oleh pelajar-pelajar tahfiz atau pondok dari seluruh negeri kelantan.Mereka akan menghidupkan Ramadhan dengan alunan bacaan al-Quran penuh kemerduan dan kefasihan, sehingga fajar menyingsing. subhanallah... adakah di tempat lain sebegini keadaannya?

Qaryah Ramadhan adalah antara produk paling utama di kelantan sempena Ramadhan.

Tok Guru juga pernah sebut pasal menjadikan Ramadhan sebagai bulan destinasi pelancongan kelantan, dengan konsep 'ibadah tourism'. Maksudnya, pelancong ke kelantan semasa Ramadhan akan menikmati pakej pelancongan ibadah yang lain dari yang lain. InsyaAllah inilah yang Kelantan boleh tawarkan. Pasti berbaloi-baloi..!

Sepekara lagi - Ramadhan di kelantan sebagai ' pesta ibadah'. Insya Allah, inilah yang sedang dipratikkan dan akan terus dilaksanakan bersama-sama. Bila menyambut Ramadhan di kelantan, semua orang akan berlumba-lumba bersedekah, berlumba-lumba nak menyumbang untuk juadah berbuka puasa, berlumba-lumba menjamu anak yatim, berzakat dan sebagainya.

Yang best juga pasal Ramadhan di kelantan ialah juadahnya. Pelbagai juadah boelh dilihat, dibeli dan dicuba. Kuih-muih, lauk pauk, nasi pelbagai jenis dan pelbagai jenis air boleh dinikmati. Seperti onde-onde, putri mandi, sagupal, puding tembikai, ulat bulu, akok, nekbat, piana, ayam percik, kerabu perut, kerabu beko, air mata kucing, air asma boi antara ribuan juadah yang terdapat dikelantan.

Kalau berada dikelantan jangan lepaskan peluang ke bazar ramadhan. Biasanya akan ada di setiap pelusuk kampung. Yang biasa di Kota Baharu ialah di Dataran Stadium dan Pasar Siti Khadijah. Boleh rambang mata dibuatnya. Namun operasi disini hanya bermula seawal jam 3.00 petang. Kalau beroperasi lebih awal pekedai akan dikenekan tindakan tegas oleh pihak PBT.

Ramadhan di kelantan juga meriah dengan suasana kampung dan bandar yang masih segar dengan budaya menghidupkan surau dan masjid. Sebelum azan 'isyak berkumandang, ata akan sejuk melihat manusia lelaki dan perempuan, orang tua dan kanak-kanak, berduyun-duyun ke masjid dan surau. Ada yang berjalan kaki, berbasikal, bermotosikal dan berkereta. Suasana itu memang best sangat! Dan suasana yang sama boleh kita lihat dan rasai dikeanbayakkan tempat di waktu dinihari. Masjid akan penuh dengan jemaah untuk qiyamullail dan solat subuh.

Ada juga surau yang buat moreh selepas terawih. Jamuan makan ala kadar selepas terawih adalah sebagai tautan ukhuwwah antara sesama ahli qaryah.

Hasrat Tok Guru hendak melihat setiap orang rakyatnya menghayati Ramadhan dalam erti yang sebenarnya, termasuk mengkaji ayat-ayat cinta daripada Tuhan sekelian Alam, yang kadang-kadang kita alpa dan lalai. Biasanya ayat-ayat yang dipilih adalah berdasarkansuasana semasa, supaya rakyat terua kembali kepada Allah dalam apa jua keadaan.

Sepanjang Ramadhan, dalam majlis besar atau kecil, acara Tadarus Al-Quran dijadikan satu kemestian. Alhamdulillah, dalam masa yang sama rakyat diingatkan supaya sentiasa membaca al-Quran dan khatam Al-Quran dalam Ramadhan.Tok Guru sentiasa ingatkan, kita kena tadarus. Maksudnya baca dengan tartil, memahami makna dan pengertiannya. Buakanya berlumba-lumba 'taderas' atau baca cepat-cepat habis, sampai tunggang-langgang makraj dan bacaannya. Pahala yang dicari tapi bala yang diperolehi. Na'uzubillah min zalik.

Sebenarnya Ramadhan di Kelantan ini banyak lagi yang best. Tapi terbatas oleh kekurangan penyampaian orang yang menulis ini sendiri. Apapun, untuk merasai kemanisan ramadhan di Kelantan, kenalah rasa sendiri. Kena bersahur dan buka puasa di Kelantan, kena berterawih dan bertadarus di Kelantan, kena merasai kemeriahan membeli juadah di waktu petang, kena merasai kemriahan suasana selepas terawih juga. Biasanya orang lelaki suka mencari makan colek buah, colek kerang,selepas terawih. . .

Inilah sekadarnya yang mampu dicoretkan. Yang pasti, suasana Ramadhan di Kelantan memang istimewa. MUngkin di tempat lain jiwa kita merasa seronok hadirnya Ramadhan kerana tandanya tak lama lagi kita akan sambut hari raya. Tapi, semenjak dua menjak ni,kami di Kelantan berasa gembira dan tak sabar-sabar menyambut Ramadhan kerana ia adalah Ramadhan al-mubarak - yang kita gembira dengan hadirnya membolehkan kita berasa seronok membuat ibadah, berasa teruja untuk berbuat kebaikan, berasa gembira bila dapat bersedekah dan rasa tak sabar-sabar untuk ke masjid berjemaah, tak kira zuhur, asar, maghrib, isyak mahupun subuh.


Itulah Ramadhan di Kelantan - suatu pengalaman manis yang diungkapkan dengan bait kata-kata. Kenikmatan ini hanya akan dirsai oleh mereka yang mencari. . .

Ikan sepat si ikan keli
Mana nak sma si ikan duri
Ahlan wasahlan ke negeri Kelantan
Moga Ramadhanmu penuh bererti

*buat sahabat-sahabat yang tak dapat berpuasa di kelantan yang berada di perantauan.

Sunday, September 13, 2009

LUASNYA NERAKA????!!!

: Luasnya Neraka :.


Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang
kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan
berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s.a.w.:


"Mengapa aku melihat kau berubah muka?" Jawabnya: "Ya Muhammad, aku
datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu
benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya."


Lalu nabi s.a.w. bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam."


Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus
engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar
penduduk dunia semuanya kerana panasnya.


Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam
Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah
bumi yg ke tujuh.


Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi, dan minumannya air panas campur nanah, dan pakaiannya potongan-potongan api.


Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya
yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan."


Nabi s.a.w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?"
Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda."
(nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)


Tanya Rasulullah s.a.w.: "Siapakah penduduk masing-masing pintu?"

Jawab Jibrail: "Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.

Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,

Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.

Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,

Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.

Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir."


Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya:

"Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?"

Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat."

Maka nabi s.a.w. jatuh pingsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sadar nabi saw bersabda: "Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku
yang akan masuk ke dalam neraka?"
Jawabnya: "Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu."


Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.
(dipetik dari kitab "Peringatan Bagi Yg Lalai")


Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku.


Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:

1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat

2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah

3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung

4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah

5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik

6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak

7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum

8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular

9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi
lautan racun yang hitam pekat.

10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai

11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat


Mudah-mudahan dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua.Wallahua'lam.


Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159

Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami
turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami
terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat
oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.


Dari Abdullah bin 'Amr R.A,


Rasulullah S.A.W bersabda:" Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..

Friday, September 11, 2009

TIPS MEMANDU PULANG BERHARI RAYA







Adalah menjadi tanggungjawab kita bersama untuk memandu dengan hati-hati dan selamat.

Untuk tujuan di atas, berikut adalah 8 tips agar perjalanan anda selamat sampai ke destinasi, insyaAllah.

1. Jauhi laluan memotong
2. Liarkan mata anda di hadapan ketika memandu
3. Berhati-hati dengan Blind Spots
4. Memandulah dengan posisi seting pukul 9 dan 3
5. Awasi pemandu lain berdasarkan rupa dan keadaan kenderaannya
6. Tahu had laju anda
7. Servis Kereta Anda
8. Malam adalah masa rehat

Tips 1: Jauhi laluan memotong

Jikalau anda memandu di bahu kiri jalan atau di tengah-tengah laluan, peluang untuk anda tidak terjerebak dengan kemalangan adalah sangat baik. Kajian menunjukkan bahawa kemalangan banyak berlaku di atas laluan memotong (fast lane). Anda juga memperolehi peluang yang tinggi untuk terus menghimpit ke tepi bagi mengelakkan masalah yang besar jikalau berlaku sesuatu di tengah dan kanan jalan.

Tips 2: Liarkan mata anda di hadapan ketika memandu

Liar memberi maksud menjegil. Menjegil memberi maksud yang lebih mendalam dan sesuai dikategorikan sebagai peninjauan serius (serius observation). Anda bukan sahaja perlu melihat nombor plate kereta dihadapan malah anda perlu lihat trafik yang terbentuk dihadapan kereta tersebut juga. Ini dapat membantu anda melihat masalah di hadapan dengan lebih baik dan memberi peluang yang lebih untuk bertindak terhadapnya.

Tips 3: Berhati-hati dengan Blind Spots

Anda perlu perbetulkan cermin sisi (side mirror) dan rearview mirror anda untuk dapatkan pandangan yang betul-betul selesa untuk anda teliti. Anda juga dinasihatkan untuk sesekali untuk memandang ke sisi jalan untuk menampung kekurangan yang ditunjukkan oleh cermin sisi anda. Pemandu yang bijak akan sentiasa mengambil kira 'blind spots' pemandu yang lain terutamanya pemandu trak yang besar.

[blind spot: Terdapat kawasan yg tidak dapat dikesan oleh mata kita]


Tips 4: Memandulah dengan posisi stering pukul 9 dan 3

Mungkin tidak 'macho' dipandang begitu, tetapi teknik asas yang diajar oleh sekolah memandu anda ini mempunyai nilai yang cukup besar dari segi keselamatan memandu. Rahsia disebalik teknik ini ialah anda mampu mengawal kenderaan anda sepenuhnya jikalau berlaku kemalangan secara tiba-tiba.

Tips 5: Awasi pemandu lain berdasarkan rupa dan keadaan kenderaannya.

Jikalau kereta dihadapan anda usang malah kelihatan tidak diservis dengan baik (asap hitam), secara tidak langsung ia menggambarkan ciri-ciri pemandu yang tidak teliti akan aspek keselamatan pemanduannya. Jauhi jugak pemandu yang suka memegang telefon bimbit ketika memandu.

Tips 6: Tahu had laju anda.

Untuk ini, hukum fizik yang dipelajari semasa di peringkat sekolah sangat berguna untuk dijadikan benteng pemanduan yang lebih selamat. Pastikan anda tahu keadaan kenderaan anda memecut dalam setiap keadaan (bagaimana keadaannya jikalau dipandu diselekoh yang tajam dari segi respons stering etc.) dan tidak kurang juga memastikan masa tindak balas brek kereta anda untuk sekian had laju yang dipandu.


Tips 7: Servis kereta anda.

Tayar, enjin dan mana-mana komponen yang sensitif untuk perjalanan yang jauh perlulah di servis sebaik mungkin. Sila dapatkan khidmat nasihat di kedai servis kereta/tayar.

Tips 8: Malam adalah masa rehat.

Hukum yang Tuhan telah tetapkan sangat adil buat pemandu. Malam merupakan masa yang sangat tidak sesuai untuk bermusafir untuk jarak yang jauh. Keletihan dan penumpuan yang lebih oleh mata anda meningkatkan lagi risiko pemanduan yang kurang selamat. Cuba jauhi pemanduan di waktu malam.

Sebagai pemandu yang bijak lagi berhemah, kita perlu tahu bahawa memandu bukanlah kegiatan yang tidak menggunakan otak. Memandu merupakan latihan yang baik untuk disiplin diri sebagai manusia yang mematuhi undang-undang dan teknik memandu yang baik.

Yang paling penting membaca doa menaiki kenderaan dan bertawakal semoga perjalan selamat sampai.Dapat beraya dengan gembira bersama keluarga tersayang.....saya xbalik kampung jemput la datang rumaah yer....:-)

Thursday, September 10, 2009

12 AURAT WANITA DALAM ISLAM



1. Bulu kening - Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening - Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng - Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng....

3. Wangian - Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang - Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada - Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.


5. Gigi - Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya - Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

6. Muka dan leher - Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Muka dan Tangan - Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja - Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.

8. Tangan - Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya - Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

9. Mata - Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.


10. Mulut (suara) - Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik - Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.

Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi - Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.

11. Kemaluan - Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya - Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.

Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

12. Pakaian - Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah

Wednesday, September 9, 2009

PERBEZAAN MINYAK RON95 DAN RON97

Akhir-akhir ini Malaysia dikecohkan lagi dengan kenaikan harga minyak. Mulai 1 September lepas, Kerajaan Malaysia telah menaikkan harga min

yak sekali lagi. Selain itu, kerajaan juga telah menggantikan penggunaan minyak RON92 kepada RON95.

Berikut adalah senarai harga minyak terbaru (mulai 1 September 2009).

* RON 97 : RM2.05

* RON 95 : RM1.80

Tetapi tahukah anda apakah itu RON? Pernahkah anda semua tertanya apa bezanya minyak RON97, RON95 dan minyak RON92 tu. Kenapa kerajaan tukar penggunaan minyak RON92 kepada RON95? Apa signifikannya daripada penukaran itu? Minyak yang mana satukah yang lebih bagus? RON95 atau RON97?

Mungkin ada ramai yang mengatakan minyak RON95 adalah minyak yang tidak berkualiti. Sebab itu ia lebih murah. Ada pula mengatakan minyak RON95 mungkin akan mengotorkan engine anda dan ada juga yang mengatakan minyak RON95 kurang berkuasa berbanding minyak RON97.

Sebelum anda semua membuat tanggapan palsu,mari kita fahami apakah maksud sebenar RON.



RON adalah singkatan bagi ‘RESEARCH OCTANE NUMBER‘, dimana octane number ataupun octane rating bermaksud ketahanan minyak tersebut sebelum ianya meletup atau dinyalakan di dalam engine anda.

RON97 bermakna minyak ini lebih tinggi ketahanannya berbanding dengan RON95 atau RON92. RON yang tinggi dicipta untuk mengelakan berlakunya nyalaan pramatang dan pada asalnya diciptakan untuk kereta yang berkuasa tinggi seperti kereta-kereta lumba dan sport.

Tidak bermakna menggunakan RON95 itu tidak bagus untuk kereta anda. Harus diingatkan bahawa nilai oktana tidak ada kaitan dengan kandungan tenaga di dalam bahan api, ataupun kelajuan bagi api palam pencucuh untuk sampai merentasi kebuk pembakaran. Ia hanya ukuran ketahanan bahan api terhadap nyalaan sendiri.

Oleh itu, ia sepatutnya tidak menjejaskan prestasi enjin. Namun begitu, anda masih perlu memeriksa keperluan gred minima bagi enjin kereta anda.



Apa yang perlu anda buat ialah rujuk buku panduan kereta anda untuk Rating Octane minimum yang boleh dipakai dan juga kereta anda perlu menggunakan minyak unleaded (tanpa plumbum) ataupun leaded (plumbum).

Apabila anda refer kepada manual kereta anda, kat situ ada ade tercatat minimum ron yang boleh digunakan. Kalau dia tulis ron 95, maknanya anda kena guna Ron 95 dan ke atas saja. Jangan pula guna minyak bawah ron95. Nanti rosak pula kereta anda.

Selain di dalam buku panduan, anda juga boleh melihat sticker Octane Rating minimum di lid penutup minyak kereta anda. Di situ pun biasanya ada di catatkan.

Secara asasnya memang lagi tinggi RON tu, maka lagi bagus minyak tu. Tapi perlu diingat, RON yang lebih tinggi tidak bermaksud ianya lebih berkuasa. Ia hanya bermaksud minyak itu lebih susah untuk dinyalakan. Dan sebenarnya, setiap engine sesebuah kereta itu direka dengan minimum octane rating nya yang tersendiri.

Jadi, paling pentingnya ialah periksa manual kereta anda, apakah nilai minimum octane rating atau RON nya. Gunalah minyak paling minimum yang dicatatkan itu. Kalau RON95 maka anda boleh guna RON95 tanpa ada sebarang masalah. Dengan menggunakan minyak RON95, anda sebenarnya dapat menjimatkan duit anda kerana ianya lebih murah.

Namun, kepada mereka yang pakai kereta yang berkuasa tinggi contohnya kereta sport seperti evo, impreza, type R, skyline dan sewaktu denganya, maka adalah sangat disarankan supaya anda gunalah minyak RON97. Walaupun harganya mahal sedikit, tapi tidak mengapalah, janji anda puas hati. Nanti boleh la anda pecut kereta dengan lancar, tanpa semput-semput.



Anda boleh cek sama ada model kereta anda sesuai atau tidak dengan RON95 dalam jadual dibawah :

Perbezaan Antara Minyak Ron95 dan Minyak Ron97 | Koleksi PETUA Tradisional, tips, information of MALAYSIAklik gambar untuk lebih jelas

Perbezaan Antara Minyak Ron95 dan Minyak Ron97 | Koleksi PETUA Tradisional, tips, information of MALAYSIAklik gambar untuk lebih jelas

Perbezaan Antara Minyak Ron95 dan Minyak Ron97 | Koleksi PETUA Tradisional, tips, information of MALAYSIAklik gambar untuk lebih jelas


-pakarhowto-

LAILATULQADAR


10 akhir Ramadhan adalah merupakan di antara malam-malam yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan yang tertentu. Malam-malam ini adalah merupakan malam yang ditunggu-tunggu oleh seluruh orang mukmin. Bulan Ramadhan, Al Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah s.a.w. di antaranya firman Allah s.w.t.

Maksudnya: "Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatulqadar dan apakah yang menyebabkan engkau mengerti apa itu Lailatulqadar. Lailatulqadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar".

Sebab turun surah al-Qadr

Lailatulqadar mempunyai kelebihan yang begitu besar. Ianya lebih baik dari 1000 bulan yang lain. Sebab diturunkan ayat tersebut diriwayatkan daripada Mujahid dikatakan sebab turun ayat tersebut ialah Nabi s.a.w. telah menyebut tentang seorang lelaki daripada Bani Israel yang telah menggunakan alat senjatanya untuk berperang pada jalan Allah maka orang Islam pun kagum di atas perbuatan itu lalu Allah menurunkan ayat di atas.

Riwayat yang lain pula dari Ali bin Aurah pada satu hari Rasulullah telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikitpun tidak derhaka kepada Allah lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah bahawa Allah w.s.t. menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah Al Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah s.a.w. dan para sahabat amat gembira.

Daripada ayat di atas dapatlah kita ketahui bagaimana besar kelebihan orang yang beribadah pada malam lailatulqadar. Ianya satu malam menyamai beramal 1000 bulan.


Dalam hadis Rasulullah s.a.w. menyebut

Maksudnya: "Rasulullah bersungguh-sungguh beribadah pada 10 akhir bulan Ramadhan lebih daripada yang lainnya"

Rasulullah s.a.w. melakukan ibadah pada malam itu bukan hanya setakat baginda sahaja tetapi baginda menyuruh ahli keluarga bangun bersama beribadah. Kata Aisyah r.a.

Maksudnya: "Nabi s.a.w. apabila masuk 10 akhir bulan Ramadhan baginda mengikat kainnya. Menghidupkan malam dengan beribadah dan membangunkan keluarganya untuk sama-sama beribadah. Mengikat kainnya bermaksud bersungguh-sungguh mengerjakan ibadah."

Kelebihan Menghayati Malam Lailatulqadar

Kerana mulianya Lailatulqadar, Rasulullah s.a.w. menganjurkan supaya umatnya bersedia menyambut dan menghayati malam yang berkat itu dengan pelbagai jenis amalan dan ibadah yang diterangkan di antaranya hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a.

Maksudnya: "Barangsiapa menghayati malam Lailatulqadar dengan mengerjakan sembahyang dan berbagai jenis ibadat yang lain sedang ia beriman dan mengharapkan rahmat Allah taala nescaya ia diampunkan dosanya yang terdahulu.

Rasulullah s.a.w. sendiri menjadi contoh yang baik yang menghayati malam lailatulqadar terutama 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan dengan beriktikaf di Masjid mengerjakan pelbagai amal ibadah untuk menyambut malam Lailatulqadar yang mulia.

Ini diterangkan di dalam satu hadis diriwayatkan daripada Aishah r.a. Katanya:

Maksudnya: "Biasanya Rasulullah s.a.w. berusaha dengan bersungguh-sungguh memperbanyakan amal ibadah pada 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan berbanding dengan masa yang lain."


Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatulqadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.

Malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam Lailatulqadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah s.a.w. pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan. Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah s.w.t. supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Kerana dengan cara itulah sahaja mudah-mudahan akan dapat menemuinya dan dapat pula rahmat yang diharapkan yang akan menjadikan seseorang itu hidup bahagia di dunia mahupun di akhirat.

Doa khusus di Malam Lailatulqadar

Doa tersebut diterangkan di dalam hadis berikut

1. Hadis yang diriwayatkan daripada Aishah r.a.

Maksudnya: "Saya pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. bagimana kiranya saya mengetahui malam Lailatulqadar dengan tepat. Apa yang saya akan doakan pada saat itu. Baginda menjawab berdoalah dengan doa yang berikut"

Maksudnya: "Ya Allah ya Tuhanku sesungguhnya engkau sentiasa memaafkan salah silaf hamba lagi suka memaafkan oleh itu maafkanlah salah silafku. Terdapat juga beberapa doa yang disar ankan oleh para alim ulamak kita melakukannya seperti membaca doa

Orang yang beribadah pada 10 malam yang tersebut akan mendapat rahmat yang dijanjikan dan telah sabit di dalam hadis-hadis yang sahih bahawa malam Lailatulqadar ujud pada salah satu malam yang 10 itu terutama pada malam 21, 23, 25, 27 dan 29. Orang-orang yang tekun beribadah di dalam masa tersebut untuk menemui malam Lailatulqadar akan mendapat rahmat yang dijanjikan itu samada ia dapat menemui atau tidak dan tidak melihat apa-apa kerana yang penting yang tersebut di dalam hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim ialah:

1. Menghayati malam tersebut dengan beribadah.
2. Beriman dengan yakin bahawa malam Lailatulqadar itu adalah benar dan dituntut menghayatinya dengan amal ibadah.
3. Amal ibadah itu dikerjakan kerana Allah semata-mata dengan mengharapkan rahmatnya dan keredaannya.

Adalah diharapkan sebelum daripada kita beramal ibadat di malam Lailatulqadar hendaklah kita bertaubat dengan sebenar-benarnya iaitu taubat nasuha dan terus beristiqamah tetap teguh mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala larangannya.

Tanda Malam Lailatulqadar

Para alim ulamak r.h. menyebutkan beberapa tanda atau alamat berhubung dengan malam Lailatulqadar:

- Ada yang berkata orang yang menemui malam Lailatulqadar ia melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga di segala cerok yang gelap gelita.
- Ada pula yang berkata ia mendengar ucapan salam dan kata-kata yang lain dari Malaikat.
- Ada juga yang berkata ia melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.
- Ada pula yang berkata doa permohonannya makbul.

Imam Tabari r.h. memilih kaul yang menegaskan bahawa semuanya itu tidak lazim dan tidak semestinya ia dapat melihatnya kerana tidak disyaratkan melihat sesuatu atau mendengarnya untuk menemui malam Lailatulqadar.

Monday, September 7, 2009

MAKANAN & HIKMAHNYA DALAM ISLAM




Senarai Makanan Dan Hikmahnya

Roti (khubz)
Roti yang paling bagus ialah diperbuat daripada gandum yang baik dimasak dalam pembakar roti yang bulat. Roti itu dibiarkan sejuk sebelum dimakan, jika tidak kita akan merasa haus bila memakannya. Roti yang sudah lama dan tidak elok akan menyebukan perut. Roti yang terdapat sekam gandum mudah dicernakan. Nabi s.a.w. pernah bersabda "Jangan potong roti dengan pisau. hormatilah roti itu dengan memotong dengan tanganmu kerana Allah menghormati roti itu".

Jintan Manis (anisun)
Jintan manis banyak khasiatnya ianya melegakan kesakitan dalam badan, melancarkan aliran keluar haid, membanyakkan susu dan membuang gas dalam usus. Ianya juga boleh digunakan dalam bentuk serbuk dan disapu disekeliling mata bagi menguatkan pandangan mata.

Epal (tuffah)
Epal yang masam lebih sejuk daripada yang manis. Ianya juga boleh menguatkan organ hati.

Asparagus (hiyawn)
Asparagus berkhasiat bagi membuka sekatan pada buah pinggang dan memudahkan kelahiran anak.

Pisang (mawz)
Pisang boleh menyejukkan badan dan ianya boleh dimakan dengan madu lebah.

Barli (sya'ir)
Barli berkhasiat sebagai penyejuk badan. Rasulullah s.a.w. pernah memberi sup barli kepada orang yg mengidap demam.

Selasih (manis rayhan)
Selasih berkhasiat untuk menguatkan organ hati, memudahkan tidur dengan cara menyapu kepala dengan basil yang dicampurkan air.

Mentega (zubdah)
Mentega khasiatnya memanas dan melembapkan. Baik untuk menghilangkan sembelit. Mentega yang dicampurkan dengan kurma dan madu sejenis makanan yang menghilangkan rasa mengidam pada perempuan hamil.

Bunga kubis (qunnabit)
Sayuran ini sukar dihadam dan bahaya untuk penglihatan.

Chamomile (babunaj)
Kegunaan chamomile ialah melancarkan aliran haid dan kencing. Ianya juga sangat berguna untuk memanaskan badan.

Lobak merah
Kegunaannya memanaskan badan. Ianya juga melancarkan aliran haid dan air kencing.

Biji kopi (qahwah)
Sebagai ubat penyakit buang air besar berdarah, menghilangkan dahaga dan dikatakan menimbulkan kebijaksanaan.

Biji hitam (habb al sauda)
Dilaporkan bahawa Nabi s.a.w. pernah bersabda "Jadilah seperti biji habb al sauda kerana biji ini ubat semua penyakit kecuali kanser dan mati". Adalah dilaporkan juga bahawa Allah Taala menunjukkan bahawa "ia" itu ialah hab al sauda menghapuskan angin dalam usus dan demam. Baik untuk merawat 'leukoderma' dan membuka saluran urat yang halus. Berguna untuk menghilangkan penyakit selesema.

Ayam (dajaj)
Memudahkan penghadaman. membetulkan imbangan badan, baik untuk otak dan badan, serta mencantikkan rupa paras. Walau bagaimanapun jika dimakan terlalu banyak boleh menyebabkan penyakit sendi dan yang terbaik ialah daging ayam betina yang tidak bertelur.

Kulit kayu manis (darchini)
Kulit kayu manis juga merupakan pemanas badan. Minyaknya sebagai penawar untuk menghapuskan rasa tidak hadam. Ia merupakan campuran (rempah ratus) yang digunakan dalam resepi masakan hampir tiga suku penduduk dunia.

Limau kulit tebal, warna kuning pucat, kurang mengandungi asid (utrujj)
Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda, "Limau ini adalah seperti mukmin: bagus dirasa dan bagus dihidu". Limau ini menguatkan organ hati serta dapat menjauhkan kesedihan dan bintik-bintik pada kulit, menghapuskan kelaparan dan melambatkan pengaliran dalam hempedu.

Timun (qitta')
Yang masak menghilangkan panas dan menggalakkan pembuangan air kecil. Makan kurma dengan timun muda menambahkan berat badan.

Jintan putih (kammun) Jintan putih
khasiatnya untuk memanaskan badan. Jintan putih yang direndam di dalam air dan diminum adalah baik untuk mengubat perut yang memulas.

Tamar kering (tamr)
Nabi s.a.w. pernah bersabda, "Rumah yang tiada tamar atau kurma adalah rumah yg tiada bermakanan". Nabi s.a.w. sendiri pernah menanam kurma atau tamar. Kurma hendaklah dimakan dengan badam untuk
menghapuskan parut yang tidak diingini.

Terung (badhijan)
Terung hitam menyebabkan keluarnya hempedu. Kecenderungan benda ini mengeluarkan hempedu dapat dibetulkan dengan memakannya bersama daging.

Telur (baydah)
Khasiat telur yang paling baik boleh kita dapati daripada telur ayam (setengah masak atau ?masak) bukan direbus keras. Putih telur melegakan apabila kita melecur atau kulit terbakar dan menghilangkan parut pada kulit.

"Endive" (hindiba)
Khasiat hindiba berubah mengikut musim. Hindiba' pada awal musim adalah yang paling baik dan yang dipenghujungnya sudah tidak berkhasiat lagi. Hadith menyatakan "makanlah hindiba dan janganlah bersendawa kerana sesungguhnya tidak ada satu hari pun titisan air syurga tidak jatuh ke atas hindiba".

Fenugreek (Hulbah)
Nabi s.a.w. pernah bersabda "jika umatku tahu apa yang ada pada hulbah, mereka pasti membeli dan membayarnya dengan emas". Antara khasiat hulbah membantu pengaliran haid dan berguna untuk menyembuhkan sakit perut(memulas).

Buah Ara fig (fin)
Fin kering adalah yang terbaik. Di antara khasiatnya ialah untuk memanaskan badan dan rasanya enak. Nabi s.a.w. pernah bersabda, "Jika anda kata ada buah datang dari syurga maka itulah fin kerana sebenarnya inilah buah syurga". Oleh itu makanlah buah fin kerana khasiatnya menyembuhkan penyakit buasir dan pirai.

Ikan (samak)
Khasiat ikan air tawar lebih baik terutama yang makan tumbuh tumbuhan, bukan yang makan lumpur dan benda-benda seni dalam air. Ikan yang tidak dimasak sukar dihadam dan mengeluarkan ketidak seimbangan badan

Bawang putih (thum)
Bawang putih juga elok untuk memanaskan badan. Khasiatnya membuang gas dan menggalakkan pengeluaran air mani. Baik untuk pembawakan sejuk, untuk mencairkan balgham. Minyaknya digunakan untuk merawat gigitan serangga dan Nabi s.a.w pernah bersabda "Sesiapa yang memakan pohon ini maka janganlah dia mendekati kami dan janganlah sembahyang bersama bersama kami."

Minyak sapi (samn)
Minyak sapi mengandungi banyak lemak. Ia dianggap sebagai penawar racun. Campurkan dengan manisan lalu dimakan dan ianya dipercayai ubat pada makanan.

Halia (zanjabil)
Halia disebut dalam ayat alQuran (ayat 17, Surah Al Insan) firman Allah Taala yang bermaksud "Dan mereka dalam Syurga itu,diberi dari sejenis minuman yang campurannya dari zanjabil". Khasiatnya membantu penghadaman dan memanaskan badan.

Inai (hinna)
Terdapat banyak khasiat pada inai. Antaranya menghilangkan bekas calar-calar atau lebam pada badan, menghilangkan sakit kepala, sakit dalam kaki, sakit kuku dan mengelokkan rambut. Inai bersifat sangat panas dan menerbitkan perasaan cinta. Wangian yang terbaik ialah yang diperbuat dari bunga inai.Memakai inai pada kuku, tangan dan kaki menjadi biasaan masyarakat di Timur terutama bagi pengantin baru.

Madu lebah(a'sal)
Madu lebah mempunyai berbagai-bagai khasiat. Madu atau manisan lebah ini apabila dicampur dengan air panas boleh mengubati penyakit cirit birit. Sabda Nabi s.a.w., "Demi Allah yang aku dalam genggaman Nya, minumlah madu. Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya. Jika seseorang itu makan madu, seribu ubat masuk keperutnya dan sejuta penyakit keluar darinya.

" Rasulullah sendiri mengamalkan meminum madu, dengan meminum segelas air yang dicampurkan dengan madu setiap pagi ketika perut kosong. Madu dianggap ibu segala makanan, minuman dan ubatan. Madu yang paling berkualiti ialah madu yang dikeluarkan dalam musim bunga (spring), seterusnya dalam musim panas (summer) dan yang kurang berkualiti adalah madu yang dihasilkan dalam musim sejuk (winter).

Kekacang (a'das)
Semua kekacang mengeluarkan kekeringan. Jenis-jenis kekacang hendaklah dimakan sedikit kerana kalau dimakan dengan banyak ianya tidak baik untuk perut. Ada hadith mengatakan bahawa sesiapa memakan kekacang akan menerbitkan hati yang simpati, mata berair dan menghapuskan kesombongan.

Salad (khass)
Meskipun ianya sejuk, ia dianggap sayuran yang baik untuk dimakan. Ia melembutkan tubuh yang keras dan membantu menyembuhkan penyakit gangguan mental. Salad melemahkan tenaga batin dan terlalu banyak memakannya juga melemahkan penglihatan.

Daging (lahm)
Daging mengandungi banyak khasiat. Dikatakan bahawa orang yang memakan daging selama 40 hari berturut turut tidak akan mendatangkan kebaikan. Dan orang yang tidak memakan daging selama 40 hari berturut-turut juga tidak akan mendatangkan kebaikan. Dengan kata lain makanlah daging secara sederhana. Daging yang paling baik ialah daging kambing. Ianya> bersifat panas dan lembab. Daging kambing yang paling baik ialah daging kambing jantan yang berumur satu hingga dua tahun. Adapun daging babi haram dimakan. Terdapat pertelingkahan pendapat mengenai daging kuda sebagai makanan biasa. Ibnu Sina berpendapat bahawa daging unta, kuda, keldai adalah tidak baik dimakan sebagai makanan biasa. Syariat juga melarang memakan daging binatang pemangsa. Dilarang memakan daging binatang pemangsa yang kukunya mencengkam dan menyangkuk.



JANGAN JADI "PENGGANTI" SYAITAN



Kepentingan ilmu dalam kehidupan sememangnya diakui oleh manusia. Ilmu dapat membebaskan seseorang daripada kejahilan dan juga kemiskinan.

Ilmu juga menjadikan manusia seorang yang patuh kepada segala suruhan Allah dan meninggalkan segala yang ditegah.

Allah berfirman: Yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hamba-Nya adalah orang yang berilmu. (Faatir: 28)

Wartawan MOHD. RADZI MOHD. ZIN dan jurufoto HALIM KHALID menemu bual Pengarah Dar Taibah Sdn. Bhd., Dr. Abdul Basit Abd. Rahman bagi mengupas isu ini.

Mega: Selalunya majlis ilmu kurang diminati termasuk dalam bulan Ramadan. Bagaimana hendak mengatasi hal ini?

DR. BASIT: Ramai di kalangan kita yang tidak ambil berat majlis ilmu. Apabila tidak dibiasakan mengikuti majlis ilmu di luar Ramadan maka dalam bulan yang penuh berkat ini pun mereka masih kekok menghadirinya.

Sebab itu, pepatah Arab ada menyebut, “nafsu itu seperti bayi, kalau dibiarkan ia akan terus menyusu tetapi kalau dilepaskan ia akan lepas”.

Sepatutnya dalam bulan Ramadan di mana syaitan itu dibelenggu sebagaimana mafhum sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Bukhari, umat Islam perlu ada kesedaran. Pada masa yang sama perlu ada kekuatan dan usaha untuk menaikkan taraf iman. Sebab iman itu ada pasang surutnya.

Ramadan memberi peluang yang besar kepada kita untuk melawan secara gentleman iaitu satu dengan satu dengan nafsu. Kita tidak lagi terpaksa berhadapan dengan syaitan kerana telah dibelenggu.

Justeru, kita kena istiqamah dan banyak berzikir. Ulama berkata, zikir itu bukan hanya sebut subhanallah sahaja tetapi meliputi baca al-Quran, bab halal dan haram termasuk makanan dan juga majlis-majlis tazkirah.

Bagi pelajar institusi pengajian tinggi, ada yang beranggapan rugi kalau tidak bertarawih kerana menghadiri kuliah. Betulkan tindakan ini?

DR. BASIT: Bagi pelajar, apabila bertembung jadual kuliah dengan tarawih mereka perlu bijak membahagikan masa.

Waktu menunaikan solat tarawih itu panjang iaitu bermula selepas solat Isyak hinggalah sebelum masuk waktu Subuh. Maknanya, jika menghadiri kelas malam mereka masih boleh solat tarawih.

Yang terbaik adalah cari rakan-rakan yang belum solat dan tunaikan solat tarawih secara berjemaah. Solat ini pula boleh dibuat secara ringkas. Memadai dengan hanya membaca ayat-ayat lazim selepas al-fatihah.

Ataupun, pelajar boleh pilih untuk solat sendirian. Lagipun asal ibadat sunat tarawih pun dilakukan secara individu oleh Rasulullah SAW. Baginda hanya keluar berjemaah pada beberapa malam terakhir di akhir hayatnya.

Yang menggalakkan ia dikerjakan secara berjemaah ialah saidina Umar selepas melihat solat bersendirian itu kurang meriah.

Kaedah yang sama boleh dilakukan oleh mereka yang terpaksa bertugas waktu malam seperti anggota penguatkuasa dan pasukan keselamatan.

Yang penting, jangan diabaikan sehingga tertinggal pelajaran dan jangan diabaikan tarawih. Sebabnya, Rasulullah bersabda, barang siapa yang mendirikan Ramadan dengan keimanan dan mengharapkan pahala, maka diampunkan dosanya yang lalu. (riwayat Bukhari)

Mendirikan Ramadan bermaksud menghidupkan malamnya iaitu dengan solat tarawih dan ibadat lain. Solat tarawih termasuk dalam golongan yang disebut dalam hadis ini.

Walaupun syaitan dibelenggu, ajaran sesat dan maksiat masih berlaku dalam Ramadan. Mengapa ajaran sebegini masih ada pengikutnya?

DR. BASIT: Golongan begini sebenarnya telah terdidik oleh syaitan. Jadi apabila syaitan dirantai mereka menjadi galang gantinya.

Syaitan ‘asli’ sudah tidak ada dalam Ramadan tetapi ‘penggantinya’ masih berkeliaran. Mereka mengajak manusia melakukan perlanggaran hukum Allah dalam Ramadan.

Antara sebabnya adalah penyakit syubhat dalam diri menyebabkan manusia mudah terima benda-benda yang pelik.

Jangan pula kita hairan, kerana kadang-kadang yang disesatkan itu adalah mereka yang berpendidikan agama. Allah sesatkan mereka dalam ilmu mereka sendiri.

Demikian juga masih ramai orang lulusan agama tetapi masih terlibat dengan skim cepat kaya, saham konvensional dan lain-lain.

Ingatlah firman Allah: ...dan janganlah kamu menurut hawa nafsu kerana yang demikian itu akan menyesatkanmu dari jalan Allah...(Saad: 26)

Muslim itu bersaudara sebagaimana ayat 10 surah al-Hujurat. Apakah saranan Islam untuk memperbaiki ukhwah terutama dalam Ramadan?

DR. BASIT: Dalam bab memperbaiki hubungan silaturrahim dan persaudaraan ini Ramadan pastinya masa yang terbaik. Terutamanya menziarahi ibu bapa di kampung bertanyakan tentang makan minum mereka. Jangan tunggu hari raya sahaja baru nak pulang menziarahi mereka.

Dalam politik pun, perlu dipulihkan ukhwah Islamiah. Kita kena sayang kepada sesama Muslim seperti sayangkan diri sendiri.

Jika ada perselisihan yang dibiarkan, ia akan menghalang mendapat pengampunan dalam Ramadan. Gali balik al-Quran dan jadikannya paksi sebenar pegangan.


sumber : http://utusan.com.my/utusan

SOLAT TERAWIH

Segala puji bagi Allah yang menjadikan kita dikalangan orang-orang yang beriman. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah, dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad saw itu pesuruh Allah. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw, ahli keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

Alhamdulillah, bulan Ramadhan kembali menemui kita. Banyak ilmu yang perlu kita ulangkaji berkenaan amalan-amalan di dalam bulan Ramadhan, agar kita dapat memperoleh manfaat dan ganjaran yang sepenuhnya pada bulan yang mulia ini.

Risalah ringkas ini akan membincangkan tentang “Solat Terawih” dan perkara yang berhubung kait dengannya.

Berkenaan keutamaan solat ini, Abu Hurairah r.a. menerangkan bahawa Rasulullah saw menganjurkannya pada malam Ramadhan dengan anjuran yang bukan berupa perintah yang tegas. Baginda bersabda:



((مَنْ قَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا، غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ)) [متفق عليه]


Maksudnya: “Sesiapa yang berdiri (beribadat) pada malam Ramadhan kerana iman dan mengharapkan ganjaran (daripada Allah), diampunkan dosa-dosanya yang telah lepas.” [Sahih Muslim, no: 759]


Takrif Solat Terawih:


Menurut bahasa (lughah): Terawih bermaksud berehat, bersenang-senang, melapangkan nafas dan seumpamanya.

Menurut istilah: Terawih ialah ibadat solat yang dilakukan pada waktu malam di bulan Ramadhan. Bermula waktunya selepas solat isya’ dan berakhir dengan masuk waktu subuh, tidak termasuk sunat ratibah isya’ dan solat witir.

Dinamakan terawih kerana orang yang melakukannya akan berehat selepas empat rakaat (dua salam).

Solat terawih termasuk solat tahajjud atau solatul-lail dengan membaca al-Fatihah pada setiap rakaat dan membaca ayat-ayat atau surah daripada al-Quran.


Waktu Melakukan Solat Terawih.


Sebagaimana hadis Rasulullah saw di atas: “Sesiapa berdiri (beribadat) pada malam Ramadhan…”. Berdasarkan hadis ini, tempoh menunaikan solat terawih ialah sesudah masuk waktu solat isyak sehingga sebelum masuk waktu solat subuh. Ini bererti sesiapa yang tidak dapat melakukannya pada awal malam boleh melakukannya pada pertengahan atau akhir malam.


Hukum Solat Terawih


Solat terawih hukumnya sunat mu’akad, iaitu amalan sunat yang amat dituntut. Rasulullah saw telah menganjurkannya dengan arahan yang tidak tegas, bererti hukumnya adalah sunat dan tidak wajib.


Sejarah Terawih:


Ummul Mukminin Aishah ra, meriwayatkan bahawa Rasulullah saw melakukan solat terawih di masjid beberapa malam (ada yang mengatakan empat malam) dalam bulan Ramadan bersama-sama para sahabat. [HR Bukhari dan Muslim].


Pada malam kelima dan seterusnya hingga ke akhir bulan Ramadan, Baginda melakukan ibadat ini di rumah. Ini kerana Baginda saw bimbang para sahabat tersalah anggap dan menjadikannya sebagai solat fardu dan sudah tentu sukar bagi mereka untuk melakukannya.

Abi Zar t meriwayatkan Nabi saw bangun bersolat bersama-sama mereka pada malam 23 sehingga satu pertiga malam, dan pada malam ke 25 sehingga separuh malam. Para sahabat berkata kepada Baginda saw: “Kalaulah tuan terus sempurnakan saki baki malam kami dengan solat sunat”. Maka Nabi saw bersabda:


((إِنَّهُ مَنْ قَامَ مَعَ الإِمَامِ حَتَّى يَنْصَرِفَ، كُتِبَ لَهُ قِيَامُ لَيْلَةٍ)) [الترمذي، صحيح]


Maksudnya: Sesiapa yang berdiri (bersolat terawih) bersama imam sehingga dia (imam) beredar (selesai), dituliskan baginya ganjaran orang yang Qiyam semalaman (seumpama bersolat sepanjang malam).” [HR At-Tirmizi, sahih].

Imam Ahmad mengamalkan hadis ini dan beliau bersolat bersama imam sehingga selesai dan beliau tidak akan beredar sehinggalah imam beredar.

Berkata sebahagian ulama’: “Sesiapa yang bangun solat separuh malam bersama imam seumpama dia telah bangun solat sepenuh malam.”

Menurut hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban dari Jabir ra bahawa Nabi Muhammad saw melakukan solat terawih sebanyak lapan rakaat, setelah itu diikuti solat witir.

Khalifah Umar bin Al-Khatab ra ialah orang pertama yang mengerah umat Islam menunaikan solat terawih secara berjamaah di bawah pimpinan Ubai bin Kaab ra.

Solat terawih dilakukan berjemaah pada setiap malam Ramadhan selepas solat isyak sebanyak 20 rakaat dan ditambah dengan tiga rakaat solat witir.


Cara Perlaksanaan Solat Terawih.


Solat Terawih boleh dilaksanakan secara berjamaah atau bersendirian. Berjamaah adalah lebih afdal merujuk kepada anjuran Rasulullah saw seperti hadis di atas.

Namun jika menghadapi kesempitan untuk melaksanakannya secara berjamaah, maka dibolehkan melaksanakannya secara bersendirian. Rasulullah saw sendiri pada zaman baginda adakala melaksanakannya secara berjamaah dan adakala secara bersendirian. Ini bagi memberi kelapangan bagi umat, seandainya mereka menghadapi kesempitan masa atau tenaga.

Menurut imam Al Ghazali rh walaupun solat terawih boleh dilaksanakan secara sendirian tanpa berjemaah, solat terawih yang dilakukan secara berjemaah lebih afdal, sama seperti pendapat Umar r.a. yang mengingatkan bahawa sebahagian solat nawafil telah disyariat dalam solat berjemaah.


Bilangan Rakaat Solat Terawih.


Solat terawih boleh dilaksanakan dalam jumlah lapan atau dua puluh rakaat, diiikuti dengan solat sunat witir. Kadangkala timbul persoalan berkenaan jumlah rakaat solat terawih yang sepatutnya dilaksanakan, lapan atau dua puluh rakaat?

Persoalan jumlah rakaat bagi solat terawih telah menjadi tumpuan para ilmuan Islam sejak dari dulu. Mereka telah mengkaji dalil-dalil yang ada serta membandingkan antara pelbagai pandangan yang wujud. Hasilnya membuahkan tiga pendapat. Pendapat pertama: Jumlah rakaat solat terawih ialah 8 rakaat diikuti dengan 3 rakaat solat witir. Pendapat kedua: Jumlahnya ialah 20 rakaat diikuti dengan 3 rakaat solat witir. Pendapat ketiga: Jumlahnya tidak ditentukan. Seseorang itu bebas melaksanakan solat terawih dengan jumlah rakaat yang dipilihnya, kemudian ditutupi dengan solat witir.

Ketiga-tiga pendapat di atas memiliki dalil dan hujah di sebaliknya dan kita boleh memilih mana-mana pendapat di atas. Yang penting, kita perlu menghormati orang lain seandainya mereka memilih pendapat yang berbeza dengan kita.

Ibnu Umar ra menceritakan: Seorang lelaki datang bertanya Rasulullah saw tentang solat malam. Sabda Nabi saw:

صَلاةُ اللَّيْلِ مَثْنَى مَثْنَى، فَإِذَا خَشِيَ أَحَدُكُمْ الصُّبْحَ صَلَّى رَكْعَةً وَاحِدَةً تُوتِرُ لَهُ مَا قَدْ صَلَّى

.

Maksudnya: “Solat malam ialah dua rakaat, dua rakaat. Apabila kamu bimbang masuk waktu subuh maka solatlah satu rakaat, menjadikan bilangan witir (ganjil) bagi rakaat yang telah engkau solat” [HR: Bukhari].

Rasulullah saw tidak menyebut bilangan rakaat solat malam, malam pula panjang masanya, boleh dilakukan banyak solat, ini menunjukkan bahawa bilangan tidak dihadkan sekadar kepada 8 atau 20 rakaat.

Berkata Imam Asy-Syafie: “Aku telah melihat orang ramai mendirikan solat terawih di Madinah 39 rakaat, di Makkah 23 rakaat, ini bukanlah satu perkara yang sempit (terikat dengan bilangan).”

Katanya lagi: “Jika mereka panjangkan qiyam berdiri (dengan bacaan al-Quran), kurangkan rakaat adalah baik. Sekiranya mereka membanyakkan sujud (rakaat) dan meringankan berdiri (ringkaskan bacaan) juga adalah baik. Tetapi yang pertama adalah lebih aku sukai.”

Pada umumnya masyarakat Islam di Malaysia mendirikan solat terawih sebanyak 20 rakaat tetapi ada juga yang hanya menunaikan sekadar lapan rakaat. Terpulang kepada masing-masing untuk menunaikan ibadat ini mengikut kemampuan dan keikhlasan diri sendiri terhadap Penciptanya. Yang pentingnya ialah selesaikan solat bersama imam, tidak hanya setakat separuh jalan.


Antara Kualiti dan Kuantiti.


Persoalan yang lebih penting dalam solat terawih ialah cara melaksanakannya. 8 atau 20 rakaat, yang penting ialah membaca surah al-Fatihah dan bacaan-bacaan solat yang lain dengan sempurna, betul dan khusyuk. Jangan disingkatkan, jangan dibaca senafas dan jangan dibaca dengan tujuan mengejar jumlah rakaat.

Demikian juga dengan toma’ninah dalam solat, jadi yang penting ialah kualiti dan bukan kuantiti. Maka pastikan ia dilaksanakan secara baik (kualiti) dan tidak sekadar mengejar rakaat yang banyak (kuantiti).


Antara aspek kualiti yang sering ditinggalkan ialah:


1. Meninggalkan bacaan al-Qur’an secara tartil, iaitu sebutan kalimah-kalimah al-Qur’an secara jelas berdasarkan disiplin tajwid yang betul. Allah s.w.t. memerintah kita: “Dan bacalah al-Qur’an dengan tartil.” [Surah al-Muzammil:4]

2. Meninggalkan bacaan doa iftitah sebelum al-Fatihah dan bacaan surah-surah selepas al-Fatihah. Ini satu kerugian kerana bacaan-bacaan itu memberi ganjaran pahala yang amat besar.

3. Mengabaikan toma’ninah, iaitu kekal di dalam sesuatu posisi solat seperti rukuk, iktidal, sujud dan duduk di antara dua sujud. Tempoh kekal di dalam sesuatu posisi ialah sehingga bacaan dalam posisi itu dapat dilengkapkan dengan betul dan sempurna jumlahnya.

Pernah seorang lelaki bersolat tanpa toma’ninah pada zaman Rasulullah saw. Melihat cara solat lelaki itu, Rasulullah saw memerintahkan beliau untuk mengulanginya [Sahih al-Bukhari, no: 757]. Tindakan Baginda itu menunjukkan toma’ninah ialah syarat sah solat. Sesiapa yang meninggalkannya bererti solatnya, sama ada solat terawih atau selainnya, adalah tidak sempurna.

4. Tidak mengambil berat tentang melurus dan memenuhkan saf solat. Masing-masing sibuk mengejar rakaat, sedangkan Rasulullah saw telah memberi peringatan agar menjaga saf dengan sempurna dalam sabdanya:


لَتُسَوُّنَّ صُفُوفَكُمْ أَوْ لَيُخَالِفَنَّ اللَّهُ بَيْنَ وُجُوهِكُم

.

Maksudnya: “Luruskan saf-saf solat kamu atau Allah akan tukarkan wajah-wajah kamu (hati-hati kamu berpecah dan tidak bersatu).” [HR Bukhari].

Sabda Baginda saw lagi:

سَوُّوا صُفُوفَكُمْ فَإِنَّ تَسْوِيَةَ الصُّفُوفِ مِنْ إِقَامَةِ الصَّلاةِ

Maksudnya: “Luruskan saf-saf solat kamu, kerana saf yang lurus itu di antara tanda kesempurnaan solat.” [HR Bukhari].

Berdasarkan perbincangan di atas, sama-samalah kita jadikan solat terawih pada tahun ini dan tahun-tahun akan datang dilaksanakan berdasarkan kualiti dan bukannya kuantiti.

Semoga semua amalan baik kita diterima oleh Allah swt.

Sekian,


Atikel dari : http://www.abuanasmadani.com

Sunday, September 6, 2009

MENJAGA KESEIMBAGAN PUASA




AMALAN berpuasa bukan hanya berkisar kepada sudut rohaniah, malahan didapati mempunyai kesan positif terhadap fizikal badan. Bukan setakat memberi peluang sistem penghadaman berehat, malahan membolehkan metabolisma badan menurun dan kembali seimbang dengan keperluan badan.

Namun, menahan diri daripada lapar dan dahaga lebih 13 jam sehari memerlukan kita menjaga keseimbangan tenaga badan dan aktiviti harian. Kerana itu juga, amalan bersahur dan tidak melengahkan waktu berbuka digalakkan, supaya keperluan nutrien dan tenaga badan tidak terjejas sepanjang berpuasa.

Air

Lebih 60 peratus (dua pertiga) struktur badan manusia dibina daripada air, elemen utama kehidupan. Berbanding nutrien lain yang diperlukan untuk tenaga badan, air merupakan satu keperluan asas yang diperlukan untuk badan terus berfungsi.

Kekurangan air badan (dehidrasi) boleh menjejaskan kesihatan dan juga mengancam nyawa bagi situasi kehilangan air berlaku secara berterusan (seperti muntah dan cirit-birit).

Untuk memastikan badan mempunyai bekalan air secukupnya sepanjang waktu berpuasa, kita perlu menilai keperluan badan berdasarkan aktiviti harian, kesihatan diri dan juga cuaca.

Mereka yang kurang sihat, banyak melakukan aktiviti fizikal (berjalan, berlari) atau meredah cuaca panas memerlukan lebih banyak air dari biasa. Amalkan bersahur supaya dapat minum air secukupnya sebelum mula berpuasa.

Dehidrasi juga boleh berlaku akibat pengambilan kafein dan ubat tertentu, masalah sistem penghadaman, banyak berpeluh dan juga kandungan gula di dalam darah yang tinggi (diabetes). Adalah lebih baik mengamalkan pengambilan air kosong berbanding minuman berkafein, serta mendapatkan nasihat doktor mengenai ubat yang mungkin memberi kesan kepada kandungan air badan.

Kekejangan

Antara kesan dehidrasi dan terlalu banyak aktiviti fizikal di siang hari adalah kekejangan otot. Kekejangan otot juga tidak terhad kepada otot kaki, malahan otot leher, belakang, perut dan sebagainya.

Kebiasaannya, kekejangan otot bukan sahaja akibat kekurangan air, tetapi juga melibatkan kekurangan oksigen, pengumpulan asid laktik serta kandungan sodium dan potasium darah yang rendah.

Kekejangan otot dapat dielakkan dengan pengambilan air serta garam galian yang cukup, terutamanya makanan yang tinggi dengan potasium. Bernafas dengan laju pula dikatakan dapat meredakan kekejangan akibat kurang oksigen dan pengumpulan asid laktik pada otot.

Urutan lembut, regangan serta menggunakan sesuatu yang suam atau sejuk juga mungkin dapat membantu. Haba dapat meningkatkan aliran darah permukaan, menjadikan otot lebih fleksibel dan mengurangkan rasa kejang.

Tekanan atau urutan kuat pada otot yang kejang pula hanya akan memburukkan lagi keadaan. Menggunakan sesuatu yang terlalu panas atau terlalu sejuk juga boleh membawa kepada kekejangan otot.

Asas yang ingin ditekankan di sini adalah pengambilan air secukupnya mengikut aktiviti fizikal, kesihatan badan dan cuaca. Elakkan berlakunya kekejangan mahupun mana-mana masalah kesihatan akibat kekurangan air atau nutrien keperluan badan.

Amalkan bersahur dan berhemah ketika berbuka. Jangan tidur dijadikan alasan tidak bersahur dan jangan puasa dijadikan alasan 'membalas dendam' ketika berbuka. Jagalah keseimbangan berpuasa, mengikut keperluan agama dan juga badan.