Saturday, August 1, 2009

SEMINAR KEIBUBAPAAN & REMAJA

Baru-baru ini saya telah mengikuti program atau seminar megenai Keibubapaan dan Remaja,bertempat di Dewan Utama KTD pada 1 ogOs 2009. Seminar ini bertemakan REMAJA BERAKHLAK KELUARGA BAHAGIA.
Saya ingin berkongsi ceramah yang di sampaikan oleh dua orang ahli panel,sebelum itu saya perkenalkan dahulu ahli panel ini secara ringkas:

  1. Pn.Noraini Bt Eslah
  • Beliau berasal dari johor merupakan ibu kepada 7 orang cahayamata.
  • Beliau merupakan seorang penulis tetap kolumnis majalah HALUAN yang berpengalaman terutama di dalam isu-isu pendidikan remaja sejak lebih dari 10 tahun yang lalu.
  • Nama pena beliau ialah UMMU ANAS
  • Beliau juga seorang penulis sebua buku Tazkirah Remaja..( ANAK-ANAKKU BANGUNLAH )
2. En.Rosdi Bin Baharom
  • Berusia 55 tahun
  • Mempunyai 5 orang anak
  • Berasal dari Tg.Malim,Perak
  • Lulusan USM di bidang Mineral Techology
  • Kini selepas bersara awal, beliau bertugas sebagai Pengurus Bahagian Hal Ehwal Pelajar di Kolej Darul Naim,Kelantan sejak tahun 2008.
OBJEKTIF PROGRAM :

  • Memberi kesedaran kepada golongan ibubapa\pendidik tentang emosi remaja,memahami permasalahan dan jalan penyelesaiannya.
  • Memberi kesedaran kepada golongan remaja tentang peranan ibubapa, di dalam memahami permasalahan dan jalan penyelesaiannya.
  • Peserta diharapkan dapat menwujudkan hubungan yang baik ( ibubapa) sebagai jambatan bagi pembentukan generasi remaja yang beriman, berakhlak, berwibawa dan bermenafaat kepada orang lain.
Tajuk : KOMUNIKASI BERKESAN DENGAN REMAJA
( Oleh : En.Rosdi Baharom)

SIAPA REMAJA

  • Yang meninggalkan alam kanak-kanak dan sedang melalui peringkat-peringkat keremajaan.
  • Ingin bebas tetapi tida mempunayi stok pengalaman yang memampukan dirinya hidup 'bebas' dalam masyarakat.
  • Sedang berusaha untuk memiliki sistem nilai yang kukuh.
  • Memerlukan rakan dewasa untuk menemaninya melalui keremajaan ( walaupun mungkin menafikan adanya keperluan ini)
  • Memerlukan 'model' atau qudwah' yang menerjemahkan idealisma yang ditanam dalam dirinya.
  • Terikat kuat dengan gaya hidup dan sistem nialai kelompok rakan sebaya, cuba untuk memesuki atau join satu group tersbut.

PERINGKAT-PERINGKAT REMAJA

  • Peringkat awal remaja : 12 hingga 15 tahun
  • Peringkat pertengahan : 15 hingga 18 tahun
  • Peringkat lewat\akhir : 18 hingga 21 tahun ( ingat2 ler da nk masuk dewasa)

ADAKAH KEREMAJAAN INI FASA HIDUP YANG BERMASALAH ???

Syeikh Said Ramadhan telah menulis :

"......golongan remaja sebernya ditimpa masalah dan dijangkiti oleh penyakit yang bersarang dalam tubuh masyarakat tempat mereka tinggal...

" yang penyakit dan bermaslah ialah lingkungan tempat remaja tumbuh dan membesar. Fenomena yang merosakkan dan gejala sosial yang berlaku dalam cara hidup dan tingkah laku golongan remaja - adalah pantulan dari keadan masyarakat itu sendiri.."

".....golongan remaja akan terbentuk sedemikian rupa sesuai dengan apa yang diperolehinya dalam masyarakat tempat ia tinggal. Dengan kata lain, jika masyarakat itu baik maka baiklah pulalah golongan remajanya; dan jika masyarakat itu buruk maka rosak pulalah golongan remajanya"


APAKAH MASYARAKAT ITU???

Masyarakat ialah rumah masjid,sekolah,padang permainan,pasar dan semua tempat dimanan kita melalui kehidupan dan tempat yang dipenuhi oleh orang ramai.

Setiap sepanjang sejarah manusia akan terpengaruh dengan masyarakat sebelumnya dan akan mempengaruhi masyarakat yang selepasnya.Jadi cuba kita bayangkan dan lihat remaja dan masyarakat sekarang yang begitu parah dengan bermacam-macam masalah,dapat kita bayangkan apakah akan terjadi dengan masyarakat yang akan datang..??(generasi selepas ini anak,cucu kita.)

ROSES YANG MEMBENTUK ANAK

Perkara yang harus ditanam ke dalam diri:

  • Keimanan
  • Sistem nilai
  • Konsep-konsep utama dalam kehidupan
  • Akhlak islam
  • Gaya hidup islam
PERANGKAP SAMAR YANG MEMBAHAYKAN REMAJA

  • DADAH & ARAK
  • PERGAULAN BEBAS yang membawa kepada ZINA
  • KUMPULAN SAMSENG
  • KEGIATAN JENAYAH
  • LUMBA HARAM

APAKAH YANG DIPERLUKAN??

  • Kelaziaman dalam masyarakat ialah mengajar anak mengenai Islam.Ini TIDAK mencukupi.
  • Kita perlu mendidik anak melalui proses memahami,menyakini,dan menghayati islam tersebut.(bukan sekadar tahu tapi perlu mengamalkan)
  • Mukmin adalah ‘Produk’ atau hasilan proses iman yang dilalui oelh seorang yang didik dan dibimbing oleh seorang mukmin pula yang terlebih dulu melaui proses iman tersebut.
  • Menanam dalam jiwa anak2 bahawa Allah sentiasa ada dan melihat setiap perbuatannya.

PERPINDAHAN DARI ILMU KEPADA KEYAKINAN


  • PERSEKITARAN YANG IMAN DAN TAQWA
  • QUDWAH HASANAH
  • PROSES PENDIDIKAN YANG BERTERUSAN

PENDIDIKAN YANG BERKESAN MEMERLUKAN 3T DAN 3S…


  • TIME- masa yang diperuntukan untuk anak
  • TOUCH- sentuhan
  • TALK\LISTEN- berkomunikasilah dengan anak

3 S

  • Sayang
  • Sabar
  • Solat hajat untuk anak serta doa yang khusus untuk setiap anak.

*setiap berbuatan ini perlu dilakukan kepada anak dari kecil hinggalah mereka dewasa, anak remaja juga memerlukan sentuhan dan belaian daripada ibubapa dan juga luangkanlah masa untuk anak-anak.(walaupun sibuk dengan pelbagai tanggung jawab sebagai seorang isteri dan suami.)

PEMBANGUNAN ANAK DIBINA DENGAN BATA


  • Bata binaan cinta & kasih
  • Bata binaan tarbiyah Iman
  • Bata binaan tarbiyah Ibadah
  • Bata binaan tarbiyah Akhlak
  • Bata binaan tarbiyah Kemesraan

KOMUNIKASI DENGAN REMAJA

Sebahagian dari kehidupan ibu bapa adalah komunikasi dengan anak.
Apa tujuan kita berkomunikasi?

  • menanam nilai dan pengangan hidup
  • mengajar mereka sesuatu kemahiran
  • membetulkan kesalahan mereka(menegur)
  • menyampaikan perasaan kita(sebagai ibu bapa,atau berkongsi suka dan duka bersama anak)
TINGKATAN KOMUNIKASI

  • TINGKATAN RASMI: komunikasi hanya di tahap menegur sapa,perbualan biasa.(komunikasi yang tidak mesra dan tiada gurauan mesra)
  • TINGKATAN BERBUAL DAN BERCERITA: bukan sahaja dapat meluangkan masa untuk berkomunikasi tetapi saling bertukar berita dan bcerita.
  • TINGKATAN KOMUNIKASI PERASAAN: saling menyampaikan isi hati dan perasaan,setelah melaui proses pembinaan 'jembtan rasa' dan saling memerlukan.
MEMBINA JEMBATAN RASA

Ibubapa perlu berusaha untuk memenangi hati anak dengan:

  • memberikan hadiah
  • memberikan penghargaan
  • menjalani aktiviti bersama(seperti riadah,makan,menonton tv,berjalan-jalan,shoping)
  • memperlihatkan kasih sayang(tunjukkan kasih sayang)

PERKARA UTAMA BERKOMUNIKASI DENGAN REMAJA

  • Mendengar secara AKTIF
  • 'Taakulan'
  • Diskusi tanpa kekangan
  • Pendekatan islam dalam mengatasi konflik

PENDENGAR SECARA 'AKTIF'

  • Tunjukan bahawa remaja anda tahu bahawa anda sangat ingin mendengar apa yang ingin diperkatakan dan anda mendengar penuh minat dan teliti.
  • Pastikan yang anda memahami semua yang diperkatakan oleh remaja anda.
  • Bantulah remaja anda memahami emosi/perasaan/keprihatinannya.
  • Usahakan supaya pintu komunikasi antara anda dan remaja anda terus terbuka.

CIRI PENDENGAR YANG BAIK

  • SABAR
  • PRIHATIN
  • PENYAYANG
  • UNDERSTANDING
  • TIDAK PENTING DIRI
  • MEMBERI PERHATIAN
  • BERFIKIRAN TERBUKA

MENDENGAR SECARA 'AKTIF'

  • MENDENGAR dengan penuh prihatin
  • MENGULANG apa yang didengari
  • MEMPERJELASKAN sama ada apa yang disampaikan benar-benar difahami dan tiada isi penting yang terlepas dari perhatian.
  • EMPATI dengan meletakkan diri anda di tempat anak remaja anda. Maklumkan kepada remaja anda bahawa anda memahami apa yang disampaikan dan aanda prihatin akan perkara/situasi yang sedang dilaluinya.

'TAAKULAN'

  • Ibu bapa setelah mendengar dan memahami maslah anak,kita perlu bertaakul dengan mereka.
  • Tidak memadai kita menyuruh atau melarang tetapi perlu memperjelaskan dengan menyentuh fikiran dan pertimbangkan mereka.
  • Anak perlu tahu bahawa bukan dia sahaja yang perlu menghayati cara hidup Islam tetapi kedua ibu bapa juga.
PENYELESAIAN KONFLIK

  • Perlu ambil inisiatif,sekurang-kurangnya mula menegur sapa.
  • Mudah melupakan dan memaafkan.
  • Memohon maaf
  • Kawal kemarahan
  • Meyediakan 'kontrak perlakuan'
AKHIR KATA

Mendidik anak,khususnya anak remaja memerlukan kesabaran dan kemahiran. Anak remaja hari ini melalui kehidupan yang jauh dari persekitaran yang merangsangkan iman dan taqwa.Oleh itu mereka memerlukan seseorang yang boleh menemaninya melalui keremajaannya dengan selamat.

Para ibu bapa memerlukan kekuatan dalam untuk mendidik remaja.Kekuatan ini ialah kekuatan hubungan dengan Allah SWT da ibubsps perlu bermunajat dan berdoa agar dikurniakan Allah SWT kepada anak kita keimanan dan ketaqwaan dan kekuatan.


PEMUDA YANG DICINTAI ALLAH

Dalam surah al-Kahfi.ayat Allah SWT telah berfirman:

"Kami ceritakan kesah mereka kepadamu(Muhammad) dengan sebernanya. Sesungguhnya mereka itu adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka dan Kami tambahkan kepada mereka Petunjk."


KEISTIMEWAAN ANAK MUDA

Usia remaja merupakan puncak kematangan dan kekuatan pada hayat manusia. Lihat sinaran matahari di waktu tenghari,sinarnya lebih terik dan panas dari sebelumnya. Begitu juga dengan usia remaja, ia merupakan peringkat kesatriaan yang mampu menanggung bebanan. Masa keistimewaan begini hanya datang sekali sahaja dalam hidup insan.
Sewaktu baru lahir kita merupakan bayi yang lemah. Apabila lanjut usia kita akan tua dan kembali lemah.Sedangkan di usia remaja kecerdasan dan kematangan yang stabil. Keupayaan sebegini paling baik dan berjaya dalam menunaikan amanah selaku khalifah Allah.


0 comments:

Post a Comment