Monday, August 17, 2009

Ahlan Wahsahlan RAmadAN

"Wahai orang beriman!Difardukan ke atas kamu puasa(Ramadan) sebagaimana diwajibkan keatas orang sebelum kamu semoga kamu bertaqwa."
(Surah al-Baqarah:183)

APAKAH HIKMAT PUASA??

  1. Hikmat puasa yang Paling Besar ialah bagi mendidik jiwa dan nafsu agar mencapai makam taqwa. Taqwa adalah sifat terpuji .Dengan taqwa,ia mampu mencegah diri daripada melakukan doasa dan maksiat.
  2. Puasa juga menjadi benteng dan perisai bagi sesorang. Perisai kerana puasa dapat melemahkan nafsu. Nafsu sebenarnya banyak merosakkan.Oleh itu, ia perlu dididik agar menjadi nafsu yang baik. Juga perisai daripada api neraka. Sabda Nabi s.a.w :" Puasa Itu Perisai". ( Riwayat Bukhari )
  3. Puasa juga dapat melembutkan hati sesesorang ketika melihat penderitaan orang lain. Ramai juga orang yang kelaparan atas muka bumi ini. Dengan berpuasa, kita dapat merasai derita lapar dan dahaga.
  4. Puasa juga akan mendidik untuk bersikap amanah.Amanah kepada Allah dan diri sendiri. Mana ada orang yang tahu bahawa kita berpuasa penuh atau tidak. Kalau tidak amanah, sambil menyelam boleh minum air...( contohnya : Balik dari sekolah terus masukbilik air untuk mandi. Maklumlah cuaca panas. Sambil mandi, bolehlah "telan" beberapa liter air "pepsi" ( paip besi). Siapa yang tahu melainkan Allah yang Maha Mengetahui.
  5. Puasa juga akan menajamkan akal. Cuba ambil buku teks dan baca selepasa makan tengah hari atau makan malam, biasanya otak tak boleh menerima apa yang dibaca. Sebab itu, dikatakan bahawa masa yang baik untuk membaca ialah dua jam selepas makan. Badan juga menjadi lemah khususnya untuk melalukan ibadat. Kata-kata luqman al-Hakim : "apabila perut penuh dengan makanan, maka fikiran akan tidur,kebijaksanan akan diam dan anggota badan menjadi malas."
  6. Puasa juga boleh mengurangkan keagresifan dan keaktifan nafsu syahwat. Mungkin kerana inilah anjuran daripada Nabi s.a.w agar orang yang tak mampu berkahwin untuk berpuasa.
4 ZIKIR SEPANJANG RAMADAN

Dalam hadis,ada dinyatakan bahawa Rasullah s..a.w bersabda sebaik tiba Ramadan yang bermaksud:

"Empat jenis zikir yang tidak patut ditinggalkan oleh setiap Muslim sepanjang Ramadan.

Pertama : mengucapkan istigfar(memohon ampun)
Kedua : memperbayakkan ucapan syadah
Ketiga : berdoa meminta syurga
Keempat : memohon keredaan Allah."
(Riwayat al-Baihaqi)

0 comments:

Post a Comment