Monday, August 24, 2009

New info about H1N1...must read!!!

Atikel ini saya dapat dari email yang di hantar kepada saya..harap dapat berkongsi info yang berguna ini...

(pakat2 analisis) Assalamualaikum, Memang ada kemungkinan virus ini dicipta dari US dan puak2 yahudi. Beberapa perkara patut mencetuskan pertanyaan di minda kita semua:

1. jika benar H1N1 adalah mutasi dari H5N1 kenapa ianya tidak bermula di cina atau hong kong yang merupakan tempat berlakunya wabak H5N1.

2. Bagaimana pulak tiba2 boleh berlaku di US? Di bulan Ramadan kareem ini marilah kita sama2 panjatkan doa agar Allah melindungi kita semua terutama para duah.

Langkah berhati2 perlu kita laksanakan terutama bulan ramadan ini bila solat terawih. Kita perlu sebarkan kesedaran pada muslimin dan muslimat agar solat terawih di rumah sahaja sekiranya ada simptom2 flu. Wallah hu alam.

Konspirasi Selsema Babi Terbongkar! June 27th, 2009 · 15 Comments · Perang Konspirasi , Rancangan Rahsia Dajjal , Teknologi Akhir Zaman Seperti yang telah kami teorikan sebelum ini di dalam dua artikel, kini siaran televisyen Russia Today telah mendedahkan bukti bahawa selsema babi adalah ciptaan pihak-pihak tertentu untuk mewujudkan ‘panic situation’ .
Pada 25 Jun 2009 lepas, Russia Today telah menemuramah seorang penyiasat konspirasi dari Amerika secara langsung berkaitan usaha pihak Amerika membangunkan virus Swine Flu. Menurut maklumat di dalam temuramah itu (lihat video di bawah), penyiasat konspirasi berkenaan mengesyaki bahawa virus tersebut telah dibangunkan dari dua buah universiti di Amerika dan Kanada. Daripada temuramah di dalam video di bawah, ada dua maklumat yang boleh kita kemukakan.

Pertamanya, bukti bahawa Amerika sebagai dalang penciptaan virus selsema babi adalah hampir jelas. Persoalan kedua, mengapa stesen TV Russia yang beriya-iya mendedahkannya? Jawapan ini telah pun kami jawab dalam teori kami pada artikel Bahagian 3. Di dalam artikel ke-3 ini telah kami kemukakan bagaimana kerajaan Rusia telah menghidu lebih awal projek-projek senjata biologi Israel yang bakal dibangunkan dan salah satunya adalah virus selsema babi.
Artikel konspirasi Selsema Babi

1.Konspirasi Wabak Selsema Babi (Bahagian 1) - permulaan pembinaan virus di Amerika Syarikat

2.Konspirasi Wabak Selsema Babi (Bahagian 2) - Projek senjata biologi Amerika dan virus..
3.Konspirasi Wabak Selsema Babi (Bahagian 3) - projek virus rahsia Israel yang diketahui Russia Konspirasi Wabak Selsema Babi (Bahagian 1) May 1st, 2009 · 8 Comments · Uncategorized oleh Ibnuyaacob Penyakit berbahaya ini mula menjadi popular apabila dilaporkan lebih 80 orang telah mati di Veracruz , Mexico akhir April 2009 . Kemudian ia terus menyerang dengan pantas dan beberapa kematian lagi dilaporkan di New York , Kanada, New Orleans dan Israel . Swine Flu atau selsema babi bukanlah penyakit baru, ianya telah pun dijumpai pada lewat 1918 di Sepanyol dahulu. Tetapi pada ketika itu, jangkitan hanya merebak dikalangan individu-individu yang terlibat dengan perusahaan khinzir sahaja hanya sedikit terkena kepada orang awam. Sejak kes di Mexico , laporan berita TV khususnya di Malaysia masih melaporkan kegilaan penyakit ini. Malaysia antara negara yang bernasib baik kerana pantas mengambil langkah kawalan di lapangan-lapangan terbang, stesen keretapi dan pelabuhan. Namun, penyebaran penyakit Swine Flu selepas tamatnya konflik Gaza perlu diambil perhatian dari beberapa aspek. Ia mungkin dilihat seperti “kejadian alam” tetapi ia sebenarnya juga boleh dirancang. Permulaan Konspirasi Selsema Babi Tidak ramai mahu melihat isu Swine Flu dari sudut konspirasi melainkan seseorang itu sememangnya fanatik fakta konspirasi. Maka teori yang kami bentangkan ini, dikira sebagai agenda permulaan untuk menarik perhatian masyarakat tentang sebarang isu dunia. Semua laporan Swine Flu di akhbar dan TV adalah tepat dan amat meyakinkan dan tiada apa yang perlu dicurigakan. Cuma ada beberapa perkara yang tidak diberi perhatian. Perkara itu ialah … Empat hari sebelum terjumpanya kes Selsema Babi di Mexico, Pengarah Makmal Univerisiti Rockefeller iaitu Dr.Ralph Steinman telah diberi Anugerah Perubatan Albine . Anugerah tersebut diberi beserta saguhati USD500,000. (Gambar) Dr. Ralph Steinman (Kiri) University of Rockefeller Steimen terpilih kerana sumbangannya dalam penerokaan dendretic cells malah seorang yang pakar dalam penyelidikan imunilogi dan Fisiologi Selular. Imunilogi adalah penyelidikan khusus dalam imunisasi (pencegahan penyakit) dalam bidang bio-perubatan. Kemungkinan Steimen dan rakan-rakannya akan diberi tanggungjawab palsu utk menangani gejala swine flu. Mengapa Perlu Mencurigai Dr. Ralph Steinman? Kita perlu mencurigainya kerana beliau merupakan tenaga atasan di Universiti Rockefeller , New York sedangkan kita sendiri sedia mengetahui David Rockefeller adalah antara penaja utama Perang Dunia Kedua . Tambahan pula, Rockefeller adalah antara individu yang dijangka akan hadir pada mesyuarat Kelab Bilderberg yang bakal berlangsung pada 14 Mei 2009 di Athens . Selain bertugas di Universiti Rockefeller, Steinman juga memegang jawatan sebagai Ketua Pengarah Institut Trudeau . Institut ini merupakan institut yang dilantik khusus oleh kerajaan Amerika dalam penyelidikan vaksin bersama Kementerian Pertahanan Amerika . Pada 1 Oktober 2008 , Presiden Bush telah mengeluarkan suatu dana yang amat besar iaitu USD1.6 juta, khusus untuk menampung kos penyelidikan pemvaksinan. Dengan wang sebanyak itu, Institut Trudeau dan saintis-saintis US Navy telah diarahkan bekerjasama oleh kerajaan Amerika untuk membangunkan satu vaksin jenis Pandemic Influenza . Vaksin ini khusus dalam pencegahan kepada sebarang bentuk selsema yang dibawa oleh binatang. Usahasama antara Institut Trudeau dan US Navy ini dilaporkan sendiri di dalam buletin Institut Trudeau pada Oktober 2008. Amerika Dalang Wabak Selsema Babi Seperkara yang perlu kita teliti, sekiranya suatu vaksin yang berkaitan selsema telah dibangunkan pada 1 Oktober 2008 , apakah ada kemungkinan kerajaan Amerika telah pun mengetahui bahawa Selsema Babi akan berlaku? atau mereka sendiri yang merancang sebaran wabak itu? Kerajaan Amerika amat disyaki sebagai dalang bagi penyebaran wabak ini. Jika tidak masakan Presiden Institute Trudaeu, Dr. David Woodland boleh mengeluarkan kenyataan di bawah pada suatu sidang akhbar sempena Hari Anugerah Perubatan pada 1 Oktober 2008 ; “Clearly we have a consensus that there is significant concern regarding the possibility of another pandemic occurring,” Jika sekiranya ada di antara rakyat Amerika sendiri yang telah mati kerana Selsema Babi, apakah pula faedahnya bagi kerajaan Amerika menyebarkan Selsema Babi ini? Konspirasi Wabak Selsema Babi (Bahagian 2) May 3rd, 2009 · 4 Comments · Perang Konspirasi oleh Ibnuyaacob Pada 1 Oktober 2008 lepas, Dr. David Woodland dengan secara tidak sengaja telah memberitahu dia menjangkakan bahawa sejenis wabak selsema kemungkinan akan menyerang masyarakat dunia. Kenyataan itu tidak popular ketika itu kerana dunia sudah lupa dengan isu selsema burung. Namun, kenyataan itu berjaya dihidu sebagai “agenda tersembunyi” oleh seorang penyiasat konspirasi terkenal dari barat iaitu David Icke .
Beliau percaya kenyataan Woodland ada agenda tersembunyi yang boleh membangkitkan kesangsian pada masa depan. Melalui forum konspirasinya itu, Icke cuba mempertikaikan mengapa kerajaan Amerika beria-ia menyumbang dana yang begitu besar dalam penyelidikan wabak selsema. Pembinaan Senjata Biologi Jika seseorang individu boleh mencipta vaksin bagi sesuatu virus, sudah pastilah individu tersebut tahu segala selok-belok pembiakan virus tersebut. Maka kerja-kerja untuk menyebarkan virus selsema adalah lebih mudah dari membina vaksin. Indvidu seperti Dr. Ralph Steinman disyaki sebagai salah seorang yang terlibat secara aktif dalam agenda tersembunyi ini iaitu penyelidikan dan pembinaan senjata biologi ini. Ralph Steinman disyaki kerana kerja-kerja beliau dibantu oleh saintis-saintis dari pasukan US Navy. Steinman mempunyai ramai pakar-pakar di makmal Universiti Rockefeller tetapi arahan dari Bush untuk bekerjasama dengan saintis-saintis tentera amat meragukan. Tambahan pula makmal Institute Trudeau berada di lokasi yang sama dengan makmal US Navy iaitu di Saranac Lake , New York . Amerika adalah antara negara yang paling berminat dalam pembinaan senjata biologi sejak 1918 lagi. Keinginan Amerika dalam pembinaan senjata biologi ini menyebabkan kerajaan Amerika menghabiskan lebih USD700 juta sejak zaman Presiden Franklin D.. Roosevelt . (Kiri) Franklin Roosevelt, Presiden Amerika 1933-1945 (Tengah) David Icke, Penyiasat Konspirasi. (Kanan) Richard Nixon, Presiden Amerika 1969-1974. Pembinaan bioweapons dilihat sebagai satu-satunya cara bagi menghadapi kekuatan negara-negara luar khususnya negara Islam. Senjata biologi tidak memerlukan peperangan, ia hanya memerlukan seorang atau dua orang meletakkan sebaran tersebut di tengah-tengah orang ramai. Walaupun Presiden Amerika, Richard Nixon telah mengumumkan penamatan sebarang projek penyelidikan pembinaan senjata biologi pada 1969, itu semua merupakan helah semata-mata. Tindakan Nixon dilihat seperti seorang pencinta alam. Kita perlu sedar bahawa pengumuman yang dibuat pada 25 November 1969 itu adalah satu helah. Ini kerana pembatalan projek yang sudah menelan lebih USD700 juta secara mengejut amat menghairankan banyak pihak. Analisis kebanyakan penganalisis politik bahawa Amerika akur dengan Protokol Geneva tidak boleh diterima pakai.
Memang Amerika menandatangani tetapi, membatalkannya secara mengejut menimbulkannya tanda-tanya. Pandangan kami ialah, pembatalan program bio weapons pada 1969 adalah helah untuk pembinaan senjata biologi pada masa depan. Ini kerana, National Security Advisor bagi Presiden Richard Nixon ketika itu ialah bapak peperangan Yahudi, Dr. Henry Alfred Kissengger . Pembukaan Semula Program Senjata Biologi Semenjak berlakunya kejadian 11 September 2001 , Amerika mempromosi sepenuhnya istilah “terrorism”. Bagi kes senjata biologi, istilah ini digunakan dimanipulasi oleh pentadbiran George Bush bagi mendesak US Senate membenarkan pembukaan semula Biological Weapons Programme (BWP) yang ditutup oleh Ricahrd Nixon. Senat bersetuju dengan usul pentadbiran Bush atas alasan kemungkinan pengganas menggunakan senjata biologi dalam serangan-serangan gerila. Kes sebaran Antrax, Selsema Burung dan kini Selsema Babi sentiasa digembar-gemburkan dengan pengganas walaupun ia direka-reka. Amerika sehingga hari ini bertindak seperti biasa untuk mencari alasan membuka Program Senjata Biologi mereka. Kaedah yang digunakan adalah sama iaitu menyebarkan wabak, mengorbankan beberapa nyawa di Amerika, kemudian membuat teori kemampuan pengganas menggunakan senjata biologi. Dan teori itu dipopularkan sepenuhnya melalui artikel-artikel dan forum-forum di televisyen dan akhbar. Kesimpulan Walaupun selsema babi itu kelihatan seperti serangan alam, tetapi ia tidak mustahil boleh dimanipulasikan bagi kepentingan pihak tertentu. Amerika adalah antara negara yang paling cepat bertindak dalam sebarang kes selsema di dunia. Amerika adalah negara yang paling cepat mendapat vaksin bagi kes-kes selsema sebelum ini. Amerika juga adalah antara negara pelik. Setiap kali berlaku isu selsema di dunia, maka setiap itulah pasukan tenteranya menerima peruntukan tambahan. Kes Anthrax dan Selsema Burung sahaja telah menyebabkan ; • Biodefense Medical Research and Development menerima peruntukan USD1.6 juta setahun sejak 2003 • Program baru National Biodefense Analysis and Countermeasure Center dibentuk. • 600,000 orang tentera Amerika diberi imunisasi bagi menahan serangan wabak selsema tetapi rakyat Amerika tidak diberi. Isu selsema babi amat sesuai dengan kenyataan White House sendiri pada 28 April 2008 yang menyebut; “Bioterrorism is a real threat to our country. It’s a threat to every nation that loves freedom. Terrorist groups seek biological weapons; we know some rogue states already have them…. It’s important that we confront these real threats to our country and prepare for future emergencies.” Konspirasi Wabak Selsema Babi (Bahagian 3) May 5th, 2009 · 8 Comments · Perang Konspirasi , Teori Konspirasi oleh Ibnuyaacob flu Kita telah pun meneliti akan teori-teori dan fakta yang boleh membawa kita memahami siapakah dalang-dalang di sebalik penyebaran wabak selsema babi. Kita juga mungkin boleh meramalkan adakah wabak ini merebak dengan sendirinya atau ianya direbakkan oleh pihak tertentu? Namun demikian, ada satu pihak lain yang lebih mencurigakan secara tidak sengaja telah membongkar dalang di sebalik merebaknya wabak selsema babi. Kemungkinan Israel dalang sebenar wabak Selsema Pada 26 April 2009, kenyataan bekas Pengarah Strategik Israel National Security Council (INSC) iaitu Giora Eiland telah mengejutkan banyak pihak khususnya penyiasat-penyiasat konspirasi. Beliau berkata dengan penuh yakin; “I will say that Israel has the best solution to this threat in the world,” Menurut akhbar Jerusalem Post lagi, Eiland juga memberi isyarat bahawa Israel amat serius dalam program Bio-defense atau Senjata Biologi. Eiland menambah dengan mengatakan; “I can say with certainty that Israel has prepared a series of steps designed to deal with biological warfare.” Kenyataan Eiland itu boleh menimbulkan pelbagai spekulasi dan teori kerana ia dibuat dalam suasana masyarakat dunia baru sahaja berhadapan dengan kes Selsema Babi. Sedangkan kenyataan yang Eiland keluarkan seolah-olah mereka sudah pun mengetahui bahawa wabak selsema itu akan merebak. (Kiri) Giora Eiland (Kanan) Uzi Arad Bukan sahaja kenyataan Eiland yang menimbulkan tanda tanya, tetapi statusnyanya sekarang sebagai bekas pengarah amat diragui. Sepatutnya kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pengarah sekarang iaitu Prof. Uzi Arad yang juga bekas perisik Mossad. Giora Eiland merupakan pengarah pada tahun 2005-2006, sekiranya kenyataan Eiland mendahului kenyataan Arad, maka tidak syak lagi pembinaan vaksin untuk wabak ini telah pun berlangsung pada zaman beliau menjadi pengarah INSC. Siapa sebenarnya Giora Eiland? Jeneral Mejar Giora Eiland merupakan warganegara Israel yang telah berkhidmat dengan Israel Defense Forces (IDF) lebih 34 tahun. Pada 1999, beliau secara rasminya telah dinaikkan pangkat ke status Jeneral Mejar dan diamanahkan sebagai Pengarah Operasi IDF. Giora Eiland adalah antara individu yang amat berpengaruh di dalam setiap perencanaan dasar peperangan Israel dan Palestin selain Ehud Barak . Beliau juga merupakan antara orang yang bertanggungjawab dalam program pembinaan Senjata Biologi di Israel. Pada 4 Mei 2009 (Isnin) baru-baru ini, akhbar Los Angeles Times melaporkan hakim mahkamah tinggi Sepanyol iaitu Fernando Andreu telah mengeluarkan kenyataan bahawa mahkamah tinggi Sepanyol akan meneruskan siasatan terhadap jenayah kemanusiaan yang dilakukan oleh 7 orang pegawai tentera Israel berkenaan pengeboman orang awam di Gaza.
Program Pembinaan Senjata Biologi Israel Program senjata biologi Israel bukan satu program baru dan ianya langsung tidak berpaksikan alasan kejadian 11 September 2001 di New York . Tarikh itu adalah kepunyaan Amerika sebagai modal menjaja akta-akta keselamatan negara khususnya dalam mendapatkan peruntukan membina senjata biologi. Dalam permulaan pembinaan senjata biologi, Israel menggunakan alasan berbeza daripada Amerika. Alasan yang digembar-gemburkan di media-media antarabangsa ialah peristiwa Holocaust. Istilah “holocaust” bukan sahaja dibina untuk memalsukan sejarah Israel tetapi ia berfungsi untuk menjadi modal kertas-kertas kerja kementerian pertahan Israel dalam meyakinkan masyarakat Israel sendiri terhadap sebarang persediaan perang. Pada 1948, Perdana Menteri pertama Israel , David Ben Gurion telah melancarkan satu program pertahanan jangka panjang iaitu program pembinaan senjatan biologi. Program itu dibina atas dasar memastikan peristiwa Holocaust tidak berlaku lagi kepada masyarakat Yahudi dan ia juga dijadikan alasan sebagai melindungi Israel dari ancaman pengganas. (Gambar) David Ben Gurion Langsungan dari propaganda itu, Ben Gurion telah menubuhkan Israel Institute for Biological Research (IIBR ) pada 1952. Individu pertama yang diberi tanggungjawab mengendalikan penyelidikan-penyelidikan di IIBR ialah Prof. Ernest Bregmann. (Kiri) Logo IIBR (Kanan) Bangunan IIBR di Ness Ziona , Israel . Keunikan IIBR ialah, institut ini diletakkan terus bidang kuasanya di bawah Perdana Menteri Israel disamping menerima sokongan daripada Kementerian Pertahanan. Kini, IIBR mempunyai lebih dari 150 saintis yang berkerja di dalamnya. Kerapuhan Sistem Keselamatan Israel Walaupun Israel maju dalam pembinaan sistem pertahanan dan teknologi yang cangih, namun ia masih tetap rapuh dan merisaukan banyak pihak di Israel . Pada 1983, bekas Pengarah IIBR iaitu Marcus Klingberg telah ditangkap kerana disyaki menjadi perisik kepada Soviet Union . Namun begitu, penangkapannya dirahsiakan oleh pihak Israel sehinggalah ianya didedahkan pada 1998. Kerapuhan ini menimbulkan satu tanda tanya, bagaimanakah pihak Israel tidak sedar mereka telah melantik perisik di dalam organisasi sulit mereka iaitu IIBR.? Persoalan kedua, sekiranya kerajaan Soviet Union mengarahkan perisiknya menyamar sebagai pegawai atasan IIBR, maka sudah pastilah IIBR adalah satu unit kecil yang menjadi ancaman besar kepada dunia. Jika tidak masakan Soviet Union mengambil berat tentang IIBR. Kes terbaru yang berlaku di Israel baru-baru ini pula amat meyakinkan kita bahawa IIBR adalah punca penyebaran pelbagai wabak selsema selain dari Amerika. Pada 20 April 2009 , seorang lagi bekas saintis IIBR ditangkap iaitu Dr. Yehoshua Gozas oleh unit keselamatan kementerian pertahanan Israel . Gozas disyaki telah membocorkan beberapa maklumat rahsia dari IIBR dan kini ia masih ditahan di Tel Aviv. Sehingga sekarang kerajaan Israel tidak mendedahkan dengan siapakah Gozas bekerja.. Kesimpulan Penyebaran wabak selsema burung, antrax dan selsema babi sekarang ini telah mentakrifkan tujuan tindakan Soviet Union mengintip IIBR sejak 26 tahun dahulu. Pengintipan Soviet Union terhadap IIBR, kes penangkapan Gozas dan kenyataan Giora Eiland dilihat relevan dengan teori bahawa; “ Israel adalah dalang pelbagai wabak dunia.” Kami amat pasti bahawa ada sesuatu yang dilakukan oleh IIBR yang menjadikan negara lain berebut-rebut menyelongkar rahsia-rahsia di dalamnya dalam apa jua cara sekali pun. Dan sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa ke atas sesuatu kejadian dan perancangan Allah itu sentiasa benar dalam membatalkan segala niat jahat makhluk-makhlukNya.


--~--~---------~--~----~------------~-------~--~----~ Anda menerima mesej ini kerana anda dilanggan ke Kumpulan "Kelab Kesihatan HALUAN" Kumpulan Google. Untuk mencatat ke kumpulan ini, hantar e-mel kepada kkhaluan@googlegroups.com Untuk berhenti melanggan, hantar e-mel kepada kkhaluan+unsubscribe@googlegroups.com Untuk lebih pilihan, lawati kumpulan ini di http://groups.google.com/group/kkhaluan?hl=ms



PENAWAR H1N1....

Baru-baru ni saya dapat msg yang dihantar oleh seorang sahabat saya mengenai penawar H1N1, tetapi sejauh mana kebenaranya hanya Allah yang Maha mengetahui..
  • Digalakkan makan epal hijau banyak
  • Makan Buah Tamar/ kurma
  • Habbatusauda

  • Bawang putih
Buatlah amalan seluruh keluarga,hingga bebas dari penyakit ini, di samping itu berdoa dan mohon kepada Allah supaya dilindungi dari penyakit ini..
mencegah lebih baik dari mengubati, semua ini di rahsiakan oleh bangsa asing..

SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN

Thursday, August 20, 2009

SALAM RAMADHAN



Marhaban ya Ramadhan,
Bulan dimana nafas kita menjadi tasbih, tidur kita menjadi ibadah, amal kita diterima dan do'a kita di ijabah,

Sungguh cantik kain plekat, dipakai orang pergi ke pekan.
Puasa Ramadhan semakin dekat, silap dan salah mohon dimaafkan

Sebelum cahaya surga padam, Sebelum hidup berakhir,
Sebelum pintu tobat tertutup, Sebelum Ramadhan datang,
saya mohon maaf zahir dan bathin....

Taqqobalahu Minna Waminkum, Taqoballahu Ya Karim,

Marhaban Ya Ramadhan

Allaahumma baariklanaa fi Sya'ban wa ballighnaa Ramadhan
Aminn..


Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan puasa
umat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan
hal-hal yang berikut:

  • Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada)
  • Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri
  • Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.


Maka Rasulullah pun mengatakan Amin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita
bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-aminkan adalah
Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.

Oleh itu saya terlebih dahulu memohon ampun dan maaf jika saya ada berbuat
kesalahan, baik yang tidak di sengaja maupun yang di sengajakan, semoga kita
dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah
S.W.T, insyaallah.

SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA

SEMOGA KITA DAPAT MENJALANKAN IBADAH PUASA DENGAN OPTIMAL, AAMIN.


TIPS UNTUK CANTIK & SIHAT


Artikel ini saya ambil dari sebuah buku YANG SAYA PINJAM DENGAN 'KAK NURUL' iaitu 70 SIFAT LELAKI & PEREMPUAN yang perlu diketahui, dan agak menarik untuk dikongsi bersama untuk kaum hawa...mari kita lihat yer...sape yang kena!!

  • wanita selaunya gemar menjaga diri, merwat muka dan tubuh badannya dengan alat-alat kecantikan seperti perfum,bedak dan sebaginya. Ianya merupakan sifat semula jadi yang ada pada wanita.
Pertama:

  • Menjaga kejelitaan semula jadi ( natural beauty) dengan tidak memakai bahab-bahan luaran tetapi menjaga emosi.fizikal dan mental. Gunakan masa untuk perkara yang berfaedah dabtentukan wawasan secara objektif, jangan banyak berangan. Tidur awal setiap malam dan bangun awal setiap pagi untuk solat subuh, dan jangan tidur siang hari. ( adui kena batang hidung sendiri daa..huhuuh..insyallah cuba perbaiki)
Kedua :

  • Latih diri bercakap dengan nada yang lemah-lembut, tidak sengau atau suaranya terlalu kuat. Kerana sememanya wanita itu mempunyai watak yang lembut dan tidak suka kekerasan.
Ketiga :

  • Biasakan mengunakan perkataan yang melambangkan keluhuran budi seperti 'tolong' serta 'minta maaf'. Jangan gunakan perkataan yang terlalu beremosi seperti bosan,sakit hati,menyampah,benci dan sebagainya kerana ia akan menyebabkan muka jadi berkerut dan masam..so kawal emosi diri!nanti cepat tua.
Keempat :

  • Kebersihan sentiasa dijaga. Makanan yang berupa ulam-ulam yang wangi serta sayuran dan buah-buahan segar patut selalu dimakan.Gunakan sabun yang tidak merosakkan kulit. (kalau ulam makan ngn sambal belacan lagi sedap!!)




Kelima:

  • Tangan perlu sentiasa bersih dan lembut. Jangan gunakan bedak yang bukan-bukan, pakai la losyen.Selalu guna bedak sejuk untuk menjaga kulit muka.Jangan banyak berangan.


Keenam :

  • Ia mahkota kejelitaan gadis. Bersihkan rambut tapi jangan terlalu kerap. Bila sikat, ualngi sikatan ke seluruh bahagian kepala untuk menjadikan rambut subur dan berklilat. Ramai lelaki suka gadis berambut panjang tapi rapi dan lindungi rambut di bawah sinaran matahari..so bertudung lebih baik.




Ketujuh :


  • Latih cara berjalan. Jauhi dari berjalan mengekang atau tangan terlalu dihayun. Langkah jangan terlalu besar. Berjalan jangan terlalu laju. Badan jangan terlalu membongkok atau tegak. Leher jangan terteleng( senget sebelah). Muka elok ditundukan sedikit..nanti di katakan hidung tinggi.
Kelapan :

  • Bila duduk di atas lantai duduklah dengan bersimpuh. Kalau duduk diatas kerusi eloklah sila panggung. Jangan mengangkang.Tangan jangan selalu digerakan semasa bercakap. Cara bergerak biarlah lemah-lembut.

Kesembilan :


  • Latihlah la senyum jangan tersengeh. Tutup mulut bila ketawa. Ketawa secara sederhana. Selalu tersenyum dengan tujuan yang baik.(senyum itu sedekah)




Kesepuluh :


  • Mata jangan terlalu liar memandang sekeliling. Tundukkan mata dan memandang hanya kepada apa yang sedang anda hadapi. Jangan terlalu kerap mengerdipkan mata. Usah terlalu kerap menjeling walaupun kepada buah hati anda.(dari mata turun ke hati, dari hati turun ke..??lu pikir ka semdiri..

Kesebelas :

  • Sentiasa bertamankan ibu atau saurdara bila keluar. Minta izin ibubapa. Pakaian sopan dan menutup aurat. Pulang seawal mungkin sebaiknya sebelum maghrib.

Keduabelas :


  • Taat beragama. Jangan berbohong.Jauhi dari merungut. Jauhi dari menjadi amat cerewet dan jaga hati orang lain.Budi bahasa budaya kita.

PEMBURU DAN SINGA YANG BERDOA


Cerita Selingan :

Seorang pemburu sedang berburu dihutan. Senapangnya yang tidak berpeluru digalasnya di bahu.
Tiba-tiba dia terserempak dengan seekor singa. Oleh kerana takut dibaham singa, dia mengangkat tangan berdoa agar di selamatkan. Semasa berdoa, dia sempat menjeling dengan ekor matanya ke arah singa Rupa-rupanya............singa itu juga berdoa. Dia berasa lega seraya berkata : Oh! Rupa-rupanya singa baik. Singa pun menjawab: Ya. Saya singa baik. Saya berdoa dulu sebelum makan....hehehe..

Wednesday, August 19, 2009

5 PERKARA HINDAR AKHLAK BURUK

Pada bulan Ramadan, umat islam sangat digalakan memperbanyakan menyebut mengenai 5 perkara seperti yang disarankan oleh Nabi Muhammad s.a.w.

Insya-Allah dengan selalu menyebut dan mengingatinya memberi kesedaran kepada kita sepanjang bulan Ramadan ini:

Rasullah mengingatkan umatnya mengenai 5 perkara :

  1. Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk.
  2. Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut urusan dunia.
  3. Perbanyakkan menyebut dan mengingat hal kematian daripada hal kehidupan.
  4. Jangan menyebut-nyebut kebaikan diri dan keluarga.
  5. Jangan sebut dan nampak-nampakkan keaiban atau keburukan diri dan orang lain.

Semoga 5 perkara ini dapat kita hayati dan diterapkan dalam kehidupan ketika bulan Ramadan ini.( Ku mengharapkan ramadan ini penuh makna.)

Monday, August 17, 2009

Ahlan Wahsahlan RAmadAN

"Wahai orang beriman!Difardukan ke atas kamu puasa(Ramadan) sebagaimana diwajibkan keatas orang sebelum kamu semoga kamu bertaqwa."
(Surah al-Baqarah:183)

APAKAH HIKMAT PUASA??

  1. Hikmat puasa yang Paling Besar ialah bagi mendidik jiwa dan nafsu agar mencapai makam taqwa. Taqwa adalah sifat terpuji .Dengan taqwa,ia mampu mencegah diri daripada melakukan doasa dan maksiat.
  2. Puasa juga menjadi benteng dan perisai bagi sesorang. Perisai kerana puasa dapat melemahkan nafsu. Nafsu sebenarnya banyak merosakkan.Oleh itu, ia perlu dididik agar menjadi nafsu yang baik. Juga perisai daripada api neraka. Sabda Nabi s.a.w :" Puasa Itu Perisai". ( Riwayat Bukhari )
  3. Puasa juga dapat melembutkan hati sesesorang ketika melihat penderitaan orang lain. Ramai juga orang yang kelaparan atas muka bumi ini. Dengan berpuasa, kita dapat merasai derita lapar dan dahaga.
  4. Puasa juga akan mendidik untuk bersikap amanah.Amanah kepada Allah dan diri sendiri. Mana ada orang yang tahu bahawa kita berpuasa penuh atau tidak. Kalau tidak amanah, sambil menyelam boleh minum air...( contohnya : Balik dari sekolah terus masukbilik air untuk mandi. Maklumlah cuaca panas. Sambil mandi, bolehlah "telan" beberapa liter air "pepsi" ( paip besi). Siapa yang tahu melainkan Allah yang Maha Mengetahui.
  5. Puasa juga akan menajamkan akal. Cuba ambil buku teks dan baca selepasa makan tengah hari atau makan malam, biasanya otak tak boleh menerima apa yang dibaca. Sebab itu, dikatakan bahawa masa yang baik untuk membaca ialah dua jam selepas makan. Badan juga menjadi lemah khususnya untuk melalukan ibadat. Kata-kata luqman al-Hakim : "apabila perut penuh dengan makanan, maka fikiran akan tidur,kebijaksanan akan diam dan anggota badan menjadi malas."
  6. Puasa juga boleh mengurangkan keagresifan dan keaktifan nafsu syahwat. Mungkin kerana inilah anjuran daripada Nabi s.a.w agar orang yang tak mampu berkahwin untuk berpuasa.
4 ZIKIR SEPANJANG RAMADAN

Dalam hadis,ada dinyatakan bahawa Rasullah s..a.w bersabda sebaik tiba Ramadan yang bermaksud:

"Empat jenis zikir yang tidak patut ditinggalkan oleh setiap Muslim sepanjang Ramadan.

Pertama : mengucapkan istigfar(memohon ampun)
Kedua : memperbayakkan ucapan syadah
Ketiga : berdoa meminta syurga
Keempat : memohon keredaan Allah."
(Riwayat al-Baihaqi)

Wednesday, August 5, 2009

ReLaXkan MinDa..

Minyak ape yang disukai oleh lelaki?
Answer: MINYAKsikan pertandingan
bolasepak Liga-M

Kuih ape yang bungkusnya di dalam,
isinya di luar?
Answer: Kuih salah bikin.

Binatang ape power Karate?
Answer: Kuda belang.cube kira brape
black belt dia ade.

Siape yang menemukan dompet kulit?
Answer: Yang menemukan dompet kulit
tersebut tolong pulangkan kepada saye.

Pintu ape yang walaupun dengan 10
org pun tak leh nak tolak?
Answer: Pintu yang ade tulis 'TARIK'

Saya ade 3 kepala,4 tangan dan 5
kaki...siapakah saya?
Answer: Pembohong...

Apa dia 'Jauh di mata, dekat di hati'?
Answer: Usus

Binatang ape yang seluruh anggota
tubuhnya kat kepala?
Answer: Kutu rambut

Nenek sape jalannya meloncat-
loncat?
Answer: Neneknye si katak

Sunday, August 2, 2009

Fish

Saturday, August 1, 2009

SEMINAR KEIBUBAPAAN & REMAJA

Baru-baru ini saya telah mengikuti program atau seminar megenai Keibubapaan dan Remaja,bertempat di Dewan Utama KTD pada 1 ogOs 2009. Seminar ini bertemakan REMAJA BERAKHLAK KELUARGA BAHAGIA.
Saya ingin berkongsi ceramah yang di sampaikan oleh dua orang ahli panel,sebelum itu saya perkenalkan dahulu ahli panel ini secara ringkas:

  1. Pn.Noraini Bt Eslah
  • Beliau berasal dari johor merupakan ibu kepada 7 orang cahayamata.
  • Beliau merupakan seorang penulis tetap kolumnis majalah HALUAN yang berpengalaman terutama di dalam isu-isu pendidikan remaja sejak lebih dari 10 tahun yang lalu.
  • Nama pena beliau ialah UMMU ANAS
  • Beliau juga seorang penulis sebua buku Tazkirah Remaja..( ANAK-ANAKKU BANGUNLAH )
2. En.Rosdi Bin Baharom
  • Berusia 55 tahun
  • Mempunyai 5 orang anak
  • Berasal dari Tg.Malim,Perak
  • Lulusan USM di bidang Mineral Techology
  • Kini selepas bersara awal, beliau bertugas sebagai Pengurus Bahagian Hal Ehwal Pelajar di Kolej Darul Naim,Kelantan sejak tahun 2008.
OBJEKTIF PROGRAM :

  • Memberi kesedaran kepada golongan ibubapa\pendidik tentang emosi remaja,memahami permasalahan dan jalan penyelesaiannya.
  • Memberi kesedaran kepada golongan remaja tentang peranan ibubapa, di dalam memahami permasalahan dan jalan penyelesaiannya.
  • Peserta diharapkan dapat menwujudkan hubungan yang baik ( ibubapa) sebagai jambatan bagi pembentukan generasi remaja yang beriman, berakhlak, berwibawa dan bermenafaat kepada orang lain.
Tajuk : KOMUNIKASI BERKESAN DENGAN REMAJA
( Oleh : En.Rosdi Baharom)

SIAPA REMAJA

  • Yang meninggalkan alam kanak-kanak dan sedang melalui peringkat-peringkat keremajaan.
  • Ingin bebas tetapi tida mempunayi stok pengalaman yang memampukan dirinya hidup 'bebas' dalam masyarakat.
  • Sedang berusaha untuk memiliki sistem nilai yang kukuh.
  • Memerlukan rakan dewasa untuk menemaninya melalui keremajaan ( walaupun mungkin menafikan adanya keperluan ini)
  • Memerlukan 'model' atau qudwah' yang menerjemahkan idealisma yang ditanam dalam dirinya.
  • Terikat kuat dengan gaya hidup dan sistem nialai kelompok rakan sebaya, cuba untuk memesuki atau join satu group tersbut.

PERINGKAT-PERINGKAT REMAJA

  • Peringkat awal remaja : 12 hingga 15 tahun
  • Peringkat pertengahan : 15 hingga 18 tahun
  • Peringkat lewat\akhir : 18 hingga 21 tahun ( ingat2 ler da nk masuk dewasa)

ADAKAH KEREMAJAAN INI FASA HIDUP YANG BERMASALAH ???

Syeikh Said Ramadhan telah menulis :

"......golongan remaja sebernya ditimpa masalah dan dijangkiti oleh penyakit yang bersarang dalam tubuh masyarakat tempat mereka tinggal...

" yang penyakit dan bermaslah ialah lingkungan tempat remaja tumbuh dan membesar. Fenomena yang merosakkan dan gejala sosial yang berlaku dalam cara hidup dan tingkah laku golongan remaja - adalah pantulan dari keadan masyarakat itu sendiri.."

".....golongan remaja akan terbentuk sedemikian rupa sesuai dengan apa yang diperolehinya dalam masyarakat tempat ia tinggal. Dengan kata lain, jika masyarakat itu baik maka baiklah pulalah golongan remajanya; dan jika masyarakat itu buruk maka rosak pulalah golongan remajanya"


APAKAH MASYARAKAT ITU???

Masyarakat ialah rumah masjid,sekolah,padang permainan,pasar dan semua tempat dimanan kita melalui kehidupan dan tempat yang dipenuhi oleh orang ramai.

Setiap sepanjang sejarah manusia akan terpengaruh dengan masyarakat sebelumnya dan akan mempengaruhi masyarakat yang selepasnya.Jadi cuba kita bayangkan dan lihat remaja dan masyarakat sekarang yang begitu parah dengan bermacam-macam masalah,dapat kita bayangkan apakah akan terjadi dengan masyarakat yang akan datang..??(generasi selepas ini anak,cucu kita.)

ROSES YANG MEMBENTUK ANAK

Perkara yang harus ditanam ke dalam diri:

  • Keimanan
  • Sistem nilai
  • Konsep-konsep utama dalam kehidupan
  • Akhlak islam
  • Gaya hidup islam
PERANGKAP SAMAR YANG MEMBAHAYKAN REMAJA

  • DADAH & ARAK
  • PERGAULAN BEBAS yang membawa kepada ZINA
  • KUMPULAN SAMSENG
  • KEGIATAN JENAYAH
  • LUMBA HARAM

APAKAH YANG DIPERLUKAN??

  • Kelaziaman dalam masyarakat ialah mengajar anak mengenai Islam.Ini TIDAK mencukupi.
  • Kita perlu mendidik anak melalui proses memahami,menyakini,dan menghayati islam tersebut.(bukan sekadar tahu tapi perlu mengamalkan)
  • Mukmin adalah ‘Produk’ atau hasilan proses iman yang dilalui oelh seorang yang didik dan dibimbing oleh seorang mukmin pula yang terlebih dulu melaui proses iman tersebut.
  • Menanam dalam jiwa anak2 bahawa Allah sentiasa ada dan melihat setiap perbuatannya.

PERPINDAHAN DARI ILMU KEPADA KEYAKINAN


  • PERSEKITARAN YANG IMAN DAN TAQWA
  • QUDWAH HASANAH
  • PROSES PENDIDIKAN YANG BERTERUSAN

PENDIDIKAN YANG BERKESAN MEMERLUKAN 3T DAN 3S…


  • TIME- masa yang diperuntukan untuk anak
  • TOUCH- sentuhan
  • TALK\LISTEN- berkomunikasilah dengan anak

3 S

  • Sayang
  • Sabar
  • Solat hajat untuk anak serta doa yang khusus untuk setiap anak.

*setiap berbuatan ini perlu dilakukan kepada anak dari kecil hinggalah mereka dewasa, anak remaja juga memerlukan sentuhan dan belaian daripada ibubapa dan juga luangkanlah masa untuk anak-anak.(walaupun sibuk dengan pelbagai tanggung jawab sebagai seorang isteri dan suami.)

PEMBANGUNAN ANAK DIBINA DENGAN BATA


  • Bata binaan cinta & kasih
  • Bata binaan tarbiyah Iman
  • Bata binaan tarbiyah Ibadah
  • Bata binaan tarbiyah Akhlak
  • Bata binaan tarbiyah Kemesraan

KOMUNIKASI DENGAN REMAJA

Sebahagian dari kehidupan ibu bapa adalah komunikasi dengan anak.
Apa tujuan kita berkomunikasi?

  • menanam nilai dan pengangan hidup
  • mengajar mereka sesuatu kemahiran
  • membetulkan kesalahan mereka(menegur)
  • menyampaikan perasaan kita(sebagai ibu bapa,atau berkongsi suka dan duka bersama anak)
TINGKATAN KOMUNIKASI

  • TINGKATAN RASMI: komunikasi hanya di tahap menegur sapa,perbualan biasa.(komunikasi yang tidak mesra dan tiada gurauan mesra)
  • TINGKATAN BERBUAL DAN BERCERITA: bukan sahaja dapat meluangkan masa untuk berkomunikasi tetapi saling bertukar berita dan bcerita.
  • TINGKATAN KOMUNIKASI PERASAAN: saling menyampaikan isi hati dan perasaan,setelah melaui proses pembinaan 'jembtan rasa' dan saling memerlukan.
MEMBINA JEMBATAN RASA

Ibubapa perlu berusaha untuk memenangi hati anak dengan:

  • memberikan hadiah
  • memberikan penghargaan
  • menjalani aktiviti bersama(seperti riadah,makan,menonton tv,berjalan-jalan,shoping)
  • memperlihatkan kasih sayang(tunjukkan kasih sayang)

PERKARA UTAMA BERKOMUNIKASI DENGAN REMAJA

  • Mendengar secara AKTIF
  • 'Taakulan'
  • Diskusi tanpa kekangan
  • Pendekatan islam dalam mengatasi konflik

PENDENGAR SECARA 'AKTIF'

  • Tunjukan bahawa remaja anda tahu bahawa anda sangat ingin mendengar apa yang ingin diperkatakan dan anda mendengar penuh minat dan teliti.
  • Pastikan yang anda memahami semua yang diperkatakan oleh remaja anda.
  • Bantulah remaja anda memahami emosi/perasaan/keprihatinannya.
  • Usahakan supaya pintu komunikasi antara anda dan remaja anda terus terbuka.

CIRI PENDENGAR YANG BAIK

  • SABAR
  • PRIHATIN
  • PENYAYANG
  • UNDERSTANDING
  • TIDAK PENTING DIRI
  • MEMBERI PERHATIAN
  • BERFIKIRAN TERBUKA

MENDENGAR SECARA 'AKTIF'

  • MENDENGAR dengan penuh prihatin
  • MENGULANG apa yang didengari
  • MEMPERJELASKAN sama ada apa yang disampaikan benar-benar difahami dan tiada isi penting yang terlepas dari perhatian.
  • EMPATI dengan meletakkan diri anda di tempat anak remaja anda. Maklumkan kepada remaja anda bahawa anda memahami apa yang disampaikan dan aanda prihatin akan perkara/situasi yang sedang dilaluinya.

'TAAKULAN'

  • Ibu bapa setelah mendengar dan memahami maslah anak,kita perlu bertaakul dengan mereka.
  • Tidak memadai kita menyuruh atau melarang tetapi perlu memperjelaskan dengan menyentuh fikiran dan pertimbangkan mereka.
  • Anak perlu tahu bahawa bukan dia sahaja yang perlu menghayati cara hidup Islam tetapi kedua ibu bapa juga.
PENYELESAIAN KONFLIK

  • Perlu ambil inisiatif,sekurang-kurangnya mula menegur sapa.
  • Mudah melupakan dan memaafkan.
  • Memohon maaf
  • Kawal kemarahan
  • Meyediakan 'kontrak perlakuan'
AKHIR KATA

Mendidik anak,khususnya anak remaja memerlukan kesabaran dan kemahiran. Anak remaja hari ini melalui kehidupan yang jauh dari persekitaran yang merangsangkan iman dan taqwa.Oleh itu mereka memerlukan seseorang yang boleh menemaninya melalui keremajaannya dengan selamat.

Para ibu bapa memerlukan kekuatan dalam untuk mendidik remaja.Kekuatan ini ialah kekuatan hubungan dengan Allah SWT da ibubsps perlu bermunajat dan berdoa agar dikurniakan Allah SWT kepada anak kita keimanan dan ketaqwaan dan kekuatan.


PEMUDA YANG DICINTAI ALLAH

Dalam surah al-Kahfi.ayat Allah SWT telah berfirman:

"Kami ceritakan kesah mereka kepadamu(Muhammad) dengan sebernanya. Sesungguhnya mereka itu adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka dan Kami tambahkan kepada mereka Petunjk."


KEISTIMEWAAN ANAK MUDA

Usia remaja merupakan puncak kematangan dan kekuatan pada hayat manusia. Lihat sinaran matahari di waktu tenghari,sinarnya lebih terik dan panas dari sebelumnya. Begitu juga dengan usia remaja, ia merupakan peringkat kesatriaan yang mampu menanggung bebanan. Masa keistimewaan begini hanya datang sekali sahaja dalam hidup insan.
Sewaktu baru lahir kita merupakan bayi yang lemah. Apabila lanjut usia kita akan tua dan kembali lemah.Sedangkan di usia remaja kecerdasan dan kematangan yang stabil. Keupayaan sebegini paling baik dan berjaya dalam menunaikan amanah selaku khalifah Allah.