Tuesday, July 28, 2009

Fadhilat AL-MA'TURAT

MANUSIA lahir di atas bumi ini dibekali dengan fitrah.
Disamping itu manusia juga membawa nafsu dan keinginan yang selalu mewarnai corak kehidupan seseorang. Namun begitu Allah SWT telah membimbing kita ( manusia ) dengan wahu dan akal yang ada pada dirinya sendiri, sehingga segala godaan dari syaitan dapat dihadapi dengan jiwa taqwa dan hati yang bersih.

Tidak semua jiwa mendpat hidayah dan bimbingan dari Allah, dan tidak semua jiwa mengetahui cara yang baik dalam mendekatkan diri dengan Yang Maha Agung. Sehingga ramai yang tersesat ke dalam lembah kebodohan dan kenistaan hidup yang berpanjangan.
sesungguhnya keteguhan jiwa itu dapat dicapai dengan aqidah yang kukuh,solat,zikir,doa,istigfar dan ibadah-ibadah yang dianjurkan Allah SWT untuk mengerjakannya.

Beramallah sesuai dengan anjuran Islam, iaitu seperti yang diamalkan oleh Rasullah SAW.
orang-orang mukmin yang sejati akan mengisi ruang masanya dengan berbagai amalan dan ibadah yang dapat mendekatkan dirinya dengan ALLAH SWT. Bibirnya sentiasa basah dalam berzikir, membesarkan dan mengagungkan Yang Maha Mulia, kemudian ia berdoa untuk mengharapkan keredhaan Rabb.Tiada sesuatu yang lebih bererti dalam kehidupan seorang insan melainkan mendapat keredhan Allah SWT.

Dalam berzikir dan berdoa ada masa-masa yang tertentu diberikan oleh Allah agar zikir dan doa kita diterima dan dimakbulkan-Nya.Alangkah lebih baik jika kita mampu mengisi dari setiap denyutan jantung kita debgan berzikir dan berdoa kepada-Nya. Kemudian menghayatinya sebagai satu amalan yang tidak mungkin terpisah dari kehidupan kita. Kerana insan yang beriman, dikala pagi ia bertasbih dan berdoa, dikala petang ia tetap dengan kerendahan jiwanya dengan berzikir kepada-Nya. Dikala malam hari ia semakin menundukkan diri kepada Pencipta Yang Agung.

Allah SWT berfirman maksudnya :

"
Maka bersabarlah kamu terhadap ada yang mereka katakan dan bertasbihlah sambil memuji Tuhan-Mu sebelum terbit matahari dan sebelum terbenamnya.Dan bertasbihlah kamu kepadaNya di malam hari dan setiap selesai mengerjakan solat." ( Qaaf:39-40)

Berdasarkan firman Allah ini setiap individu baik sebagai pemimpin dalam rumah tangga,masyarakat dan negara serta para pendakwah hendaklah mengamalkan dan menghayati zikir al-Ma'thurat.Dengan membaca zikir-zikir yang diamalkan oleh Rasullah ini bererti kita telah membentengi diri kita dengan senjata yang kukuh, sehinga terhindar dari gangguan syaitan yang terkutuk.

Oleh sebab itu Al-syahid Imam Hassan Al-Banna telah membina jalan yang baik untuk mengikut Sunnah Rasullah SAW.Beliau telah memilih dan menyusun Al-Ma'thurat dengan mengharapkan bimbingan daripada Allah agar terhindar daripada gangguan syaitan yang penuh angkara murks. Maka alangkah baik setiap diri muslim mengamalkan zikir al-Ma'thurat ini setiap pagi dan petang, siang dan malam.

0 comments:

Post a Comment